ONLY TEARS


  • Free your heart from hatred
  • Free your mind from worries
  • Live simply
  • Give more
  • Expect less
    Instagram : PERFECCIONAR
    Wechat : the-akmal
    Facebook : Asyrahtul Akmal









  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Owner: Akmal
  • Nurul Ain binti Ruslan
    2013/12/25 | 0 Comments
    Assalamualaikum bloggers :)

    Harini Akmal nak cerita tentang kawan Akmal, Nurul Ain binti Ruslan.

    Source : Facebook

    Haa, ni la tuan empunya nama. Comel kan? Okay, lets begin...

    Ain ni classmate Akmal. Sebelum Akmal pindah ke SBP dulu, Ain tak pindah ke SMKGC lagi. Tapi bila dah 3 bulan *lebih kurang la* kawan Akmal, Hazwani gitau Akmal yang ada budak baru pindah. Namanya AIN. Akmal pun tertanya-2 Ain ni macam mana orangnya. Akmal pun mintak laa Wani cerita pasai Ain. Wani cakap, Ain ni sebijik macam Akmal. Perangai gila-2. Wani kata lagi, kalau Akmal bergabung otak dengan Ain, mesti begegar dunia. Kehkehkeh. Masa tu, Akmal boleh agak Ain ni macam mana.

    Bila Akmal pindah balik ke SMKGC, Akmal tak jangka yang Akmal akan masuk 4SC2. Ya la, takkan nak masuk kelas lama balik iaitu 4SC1 sbb Akmal dah tak ada akaun tapi Akmal ambil ED. So, Akmal cuma ada dua pilihan, sama ada 4SC2 atau 4SC3. Tup tup, cikgu masukkan Akmal ke kelas 4SC2 sbb Akmal punya result PMR. Masa ni laa Akmal berjumpa dengan tuan empunya nama. Mula-2 tu kan, Akmal tak ingat tau apa yang Wani cerita kat Akmal tentang Ain. Bila Wani ingatkan balik, baru Akmal ingat. 

    First day Akmal jumpa dengan Ain, Akmal tak tegur sangat Ain ni sbb Akmal agak pemalu orangnya. Puihhh. Tapi bila dah dua tiga hari lepas tu, kami mula kamceng. Hahaha. Betul sangat la cakap Wani. Kami memang sekepala. Seriously, Akmal senang sangat kawan dengan Ain. Akmal tak sangka yang secepat tu kami boleh rapat. Masa Akmal kat SBP dulu, agak susah Akmal nak menyembang dengan kawan-2 lain yang baru kenal. Tapi dengan Ain ni, serious lain. Maybe sebab Ain and Akmal ni jenis banyak cakap kot. Heheheh. 

    I remembered one day, kawan Akmal, Khairil a.k.a Kay'en datang jumpa Akmal. Kay'en ni sebenarnya jiran Akmal. So, Akmal tak kekok la bila jumpa dia. Masa tu, Kay'en cakap yang kawan dia nak kenal-2 dengan Ain. Katanya, kawan dia nak number phone Ain. Puas Akmal gelak. Akmal gitau dekat Ain. Classmates Akmal yang lain pun dengar yang that boy mintak number Ain. Ain tanak bagi sbb dia dah ada boyfie. Kesian dekat that boy. Melepas. Hahaha. Boyfie Ain namanya Ikmal. Haaa, Akmal and Ikmal, nak sama kan nama kami? Sebab tu jugak laa Akmal and Ain cepat sangat kamceng. Ain gitau Akmal yang boyfie dia nama Ikmal. Akmal tak terkejut sangat la nama boyfie Ain nama Ikmal. Ain + Ikmal = Aynmal. Ni formula nama Ain and her boyfie. Cewahh, sweet ow.

    One day, Ain gitau Akmal yang Ain nak pindah balik ke sekolah lama dia, SMK Naka. Seriously, Akmal sedih sangat. Kami baru je kenal. Tak sampai setengah tahun pun, tup tup Ain nak pindah. Terasa kehilangan :'( Akmal suka cerita macam-2 rahsia Akmal kat Ain sebab she is a very good listener and the best secrets keeper. Ain ada tulis a short memo untuk Akmal. Ada tertera nama "Aynmal". So, Akmal tanya dekat Ain. "Aynmal ni untuk Ikmal ka untuk Akmal. Hahaha." Masa tu, Akmal melawak ja dengan Ain. Tapi Ain jawab, "Dua-2 pun boleh. Tapi ni special untuk Akmal. Hahaha. Baca kat rumah tau. Kalau hangpa baca sekarang, kami takmau kawan." So, Akmal pun simpan la that memo dalam bag. Bila sampai kat rumah, Akmal hampir terlupa tentang short memo tu. Akmal selongkar dalam beg. Nasib baik jumpa. Bila Akmal baca, ada "nukilan" khas daripada Ain untuk Akmal. Masa tu, Akmal rasa macam nak nangis sebab teringat yang Ain akan pindah. Tak boleh nak buat gila dengan Ain dah. Ain sorang ja yang panggil Akmal dengan nama "Akmal". Kawan-2 Akmal yang lain semuanya panggil Akmal, "Syatul". Akmal pun tak tau napa Ain panggil Akmal dengan nama "Akmal". 

    So sad, Ain nak pindah. Akmal dah puas pujuk Ain. Kata orang, patah tumbuh hilang berganti. Kalau ada someone yang nak "ganti" Ain pun, bagi Akmal tetap tak sama. Ain ialah Ain, nobody else :/ Tapi nak buat macam mana. Ain pun dah buat solat sunat istikharah. Katanya, dia yakin dengan pilihan dia, nak pindah balik ke SMK Naka. Sokeyy la Ain. Ingat janji kita eh. Ain janji nak dapat 6A / 7A ke atas dalam SPM nanti kan? Insya Allah Ain boleh ;) Semoga Ain berjaya kat SMK Naka :D Rumah Akmal dengan rumah Ain tak jauh pun, kentut pun boleh dengar. Kekekeke, tak senonoh. Bila Ain balik Gurun nanti, Ain text Akmal ok ;) Kalau Akmal free, Akmal pergi laa rumah Ain. Boleh "anyam ketupat" sama-2. Kalau ada rezeki lebih, Akmal belanja Ain nasi kandar kat Hussein Nasi Kandar kat Aneka Gurun tu eh. Tu ja yang Akmal mampu. Kahkahkah.

    Sampai sini saja. Esok nak teman Ain hantar surat pindah ke pejabat sekolah sekaligus nak beli buku sekolah siap-2. 

    A friend is someone who knows all about you and still loves you

    KBabaii

    Labels: , , , ,