ONLY TEARS


  • Free your heart from hatred
  • Free your mind from worries
  • Live simply
  • Give more
  • Expect less
    Instagram : PERFECCIONAR
    Wechat : the-akmal
    Facebook : Asyrahtul Akmal









  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Owner: Akmal
  • Penat. Fuhh.
    2014/03/06 | 1 Comments
     Assalamualaikum ^^,

    Fuhh. Penat. Penat. Pagi tadi kat sekolah ada latihan merentas desa. Aikk? Merentas desa pun kena ada latihan ka? Hmm.. Yaa, memang perlu sebab cikgu dah pun tukar trek merentas desa bagi pelajar lelaki. Trek depa sama dengan trek pelajar perempuan. 3km aje punn. Akmal pun tak tau kenapa cikgu pendekkan trek pelajar lelaki. Sepatutnya trek depa 5km jauhnya. Perghh. 5km kau! Akmal lari 3km tadi pun terketar-ketar habeh lutut.

    Best kan dapat merentas desa? Akmal sukaaaa ^^, Suka sangat! Tapi Akmal ada asma :/ Akmal tak kesah pun dengan asma tu. Akmal nak lari jugak! Lantak laa nak pengsan tengah jalan ka hapa ka. Yang penting, Akmal dapat lari. Ibu cakap, asma tu makin di layan, makin menjadi-jadi. Buat tak tau sudahh. Mind set tu penting! My cousin said, "Bukan main aktif lagi kat sekolah. Masuk kawad la, apa la. Tapi ada asma. Alaaa, ruginyaa." Haha, memang rugi pun. Rugi sebab asma tu dah macam penghalang untuk kita rasa betapa nikmatnya aktif dalam apa-apa acara masa zaman sekolah. Tapi tak kisah laa, janji Akmal dapat join apa yang Akmal nak join. Tak pernah lagi laa dalam sejarah hidup Akmal pengsan dalam apa-apa aktiviti. Akmal kan tough! Erkk -__-"

    Mula-mula tu, Akmal lari dengan kawan Akmal, Hazwani a.k.a Wani. Mula-mula aja la. Pastu, bila dah sampai separuh trek, Akmal tertinggal Wani. TER- okehh. Tak sengaja. Sebab bila Akmal lari, Wani akan ikut kat sebelah. Bila Akmal jalan pun dia ada kat sebelah. Tapi entah macam mana tadi, Akmal boleh pulak tertinggal dia kat belakang -.-" Bila Akmal pusing belakang, Wani dah tak da! Sah Wani kena tinggal. So, Akmal lari buat dunno aja laa sampai sekolah. Well, Akmal bukanlaa orang pertama yang sampai kat sekolah. Bila Akmal langkah masuk ja pintu pagar sekolah, dah ramai dah pelajar yang dah sampai kat sekolah. Tak kisah laa orang ke berapa pun. Latihan ja.

    So, dah sampai kat sekolah, Akmal pergi kat ustazah and minum air oren yg ustazah buat. Fuhh. Lega gila! Walaupun air tu air oren yang biasa, tapi disebabkan kehausan yang memaku tekak Akmal, memang terasa kenikmatan air tu. Hahaha, over gilaa. Then, suddenly, Akmal nampak pakwe Wani. So, Akmal tanya la pakwe dia, "Ada nampak Wani dak? Aku tertinggal dia tadi." Muka pakwe dia macam nak telan Akmal hidup-hidup bila dia tau yang Akmal tertinggal awek dia kat belakang. Err. Tapi pakwe dia tak marah Akmal pun. Dia acah jaa. Cehh!

    Lepas merentas desa tu, cikgu bagi rehat sampai pukul 10.20 pagi. Lepas tamat waktu rehat, ada kelas ED pulak. Akmal letih! Apa yang ada dalam kepala hotak Akmal yang brilliant ni hanyalah, bantal. Tak larat nak belajar macam biasa dah laa cikgu oii. Serious letih. Cikgu tak pa laa, setakat jaga check point, nak penat apa lahh sangat. Bukannya lari 3km macam student lain pun -.-" Masuk ja dalam bilik ED, Akmal ambik tempat duduk, pastu Akmal tido! Tapi bersyukur gilaa sebab cikgu tak mengajar pun. Dia faham yang kami semua keletihan. Haha, sayianggg cikgu sendat-sendat. Waktu sejarah pun tak belajar jugak. Tapi waktu add math tadi, cikgu tetap mengajar macam biasa. Cikgu bagi latihan ja pun. Pastu, santai aja laa.

    Sabtu ni baru laa hari merentas desa yang sebenar. Hmm. Akmal pernah sumbangkan mata untuk rumah sukan. Tapi tak da laa sampai dapat pingat. Pingat tu untuk pelajar yang dapat tempat pertama sampai tempat doploh ja kalau tak silap. Akmal setakat dapat nombor 70 keatas ja. Yang penting dapat sumbangkan mata untuk rumah sukan. Semangat tu mau ada! 

    Keesokannya, Akmal dah start monthly test. Yeayyyy \(^0^)/ Satu apa pun Akmal tak study lagi -.- Auwww, I dunno how to study chemy, add math and physics. Add math tu, boleh laa tahan. Nak kena banyakkan latihan, dan hafal formula. Chemy pun kena banyak menghafal eksperimen, tahu cara nak buat chemical equation and hafal blablabla... Bab nak menghafal ni yang Akmal lemah sangat-sangat ni. Physics? Any idea how to study physics? I've asked my brada, how to study physics and he simply answered me, "Elehh, physics senang ja. Faham Newton's Law pun da cukup." -.-" Pala ho ho ho hotak dia. Erghh! Akmal ada tanya kak nurulee macam mana nak study ketiga-tiga subjek tu. And jawapan yang kak nurulee bagi sangat memuaskan hati Akmal. Yeah! :D


    Hmm. Akmal akan cuba apa yang kak nurulee nasihatkan. Thanks kak nurulee :) You can do it, Akmal!

    Satisfaction lies in the effort, not on success.
    Kbabaiii

    Labels: , , , , , , , , , , ,

    The new kid on the block.
    2013/12/31 | 3 Comments
    Assalamualaikum. Hai hai ^^,

    Harini ada pendaftaran untuk Form 3, Form 4, Form 5 and Form 6 kat sekolah Akmal. Ofkos laa Akmal pegi sebab Akmal kan bakal form 5. Cewahhh. Macam eksaited jaa :3 Btw, today I wanna share about a new kid on the block at my school. Dia baru daftar beberapa hari lepas. Who is he? HE?! Yeah. He. Haha. His name is Muhd Faris Azimi bin Abd Ghani.

    p/s : Faris, I am so sorry sebab aku kidnap gambar hang tanpa izin :p

    Actually, Akmal dah kenal dia sebelum dia pindah sini lagi. Masa tu Akmal pegi dengar ceramah lesen. Terserempak dengan Faris ni. Masa tu kami tak kenal lagi pun. Si Faris ni laa ramah sangat. Dia yang tegur Akmal dulu. Nak harapkan Akmal yang tegur dia dulu, memang tak laa -.-" Masa tu laa kami kenal-kenal and dia cerita yang 2014 nanti dia pindah sini and satu sekolah ngan Akmal. And I was like, "Serious?!" Masa tu, mati-mati Akmal ingat dia attend untuk lesen kereta sebab Faris ni sangat laaaaa tinggi orangnya. Tu laa, orang pesan. Never judge a book by its cover. Never judge a person by their height. Kehkehkeh. Malu sebentar. So, kami pun sembang laa pasai sekolah Akmal.

    Harini, Faris datang sekolah sebagai "budak baru". Hahahaha. Kawan-kawan Akmal yang lain semua macam, "Weh, ada budak baru." Lagipun masa tu bukan Faris sorang ja yang baru daftar. Ada lagi sorang, perempuan. Form 5 jugak. Akmal dah tahu yang Faris nak masuk harini. So, Akmal diam-diam saja laa. Faris tak sekelas dengan Akmal. Faris dapat kelas 5SC1. Akmal pulak 5SC2. Yang lagi sorang tu, 5SC3. Akmal tak ingat pulak nama budak perempuan tu. Tak sempat nak berkenalan.

    Faris ni dari SMK Kem Terendak, Melaka. Akmal tak tahu laa pulak sebab dia pindah ke Kedah. Malas nak tanya. Nanti nampak macam penyibuk pulak. Masa rehat tadi, Akmal tegur Faris. Kawan-kawan Akmal semua buat muka pelik. Macam mana depa boleh kenal padahal Faris ni dari Melaka. Ada sesetengah yang dah tahu Akmal kenal dia masa ceramah lesen tu. Ada yang tak tahu.

    Faris minta tolong Akmal tunjukkan bilik SPBT sebab dia nak ambil buku teks. Akmal pun dengan sukarelanya ikhlas nak tolong dia. So, Faris ni ikut laa ke mana saja Akmal bawak dia pegi. Masa tu Akmal rasa macam Akmal ni dah macam pemandu pelancong ja. Kehkehkeh. Masa Akmal teman dia ambik buku teks, ada jugak laa berpasang-pasang mata yang usha kami pelik. Ya lahh, lelaki jalan dengan perempuan. Akmal tahu apa yang ada dalam pala otak depa :3

    Lepas habis sekolah, Akmal pegi lepak ngan kawan-kawan Akmal kat kedai makan. Saja-saja lunch sambil menyembang. Almaklumlaaa. Lama tak jumpa. Kawan Akmal, Pikah ada cakap yang ada beberapa orang tanya dia pasal Akmal ngan Faris. "Depa tu ada apa-apa ka? Rapat semacam ja." "Akmal tu ehem ehem budak baru tu ka?" "Depa tu couple eh?" ==" Sejujur jujur jujur jujurnya, Akmal kawan saja okehh ngan Faris. Just a friend. F.R.I.E.N.D! Lantak laa apa budak-budak lain nak fikir. Akmal tak buat apa-apa salah pun. Tulikan telinga, butakan mata. Just move on.

    So, welcome to your new school Faris :) I hope that you will be comfortable with the new environment here. 

    The most I can do for my friend is simply be his friend.
    Kbabaiii.

    Labels: , , ,

    The last game
    2013/12/29 | 0 Comments
    Assalamualaikum everybody :)

    Tadi petang kan, Akmal pegi main bola tampar kat sekolah. Hari-hari sebelum ni pun Akmal pegi main jugak. Cuti sekolah ni memang membosankan. Nak pegi holiday pun, parents Akmal tak cuti :( Sedih laa jugak. Jealous kayy tengok friends kat FB pakat-pakat dok post gambar bercuti. Terengganu lahh, Kelantan lahh, Johor lahh, sana lahh, sini lahh. Jealous kayy jealous :3

    Tapi Akmal bersyukur. Walaupun cuti ni agak bosan. Akmal masih ada kawan-kawan yang sanggup luangkan masa main bola tampar sama-sama. Macam skema ja ayat -.-" Hari ni hari last kami main bola tampar. Akmal ada ambil gambar sikit-sikit. Actually, bukan Akmal yang snap, tapi adik Akmal. Hihihi. 











    Our coach. Haha. Coach laa sangat =="







    p/s : Sorry, kualiti gambar tak awesome. Akmal guna phone cap lempaq ke dinding ja :p

    Cuba teka, mana satu Akmal. Clue : taik cicak. Ekekeke. Kami main 4 games tapi seri, 2-2.Alaaa, kami main ala-ala Tom & Jerry. Sikit-sikit nak bergaduh. Huwaaa. I'll miss this moment so much. Tahun depan muka-muka ni laa yang nak ambik SPM pun. Except Kak Alia, yang tudung merah tu and budak kecik tu. Kami ni, kalau boleh main memang main bersungguh-sungguh. Tapi kalau bab-bab study ni, hmmmmm. Kalau tengok balik gambar-gambar tu, nampak macam tak main pun kan? Seolah-olah kami semua sedang berdiri macam tunggul kayu ==" Hakikatnya, memang kami pulun gila-gila laa tadi. Akmal punya laa enjoy tadi sampai 'eksiden' dengan Kak Alia masa nak sambut bola tadi. Sorry kak. Akmal betul-betul tak sengaja :p

    Tinggal lagi beberapa hari saja lagi nak masuk tahun baru. Akmal tak boleh nak main-main lagi dah. Akmal nak kena berperang dengan SPM, penentu masa depan Akmal. Chayokk Akmal! Kehkehkeh. 

    One day, in retrospect, the years of struggling will strike you as the most beautiful.

    Kbabaiii.

    Labels: , , , , , ,

    Nurul Ain binti Ruslan
    2013/12/25 | 0 Comments
    Assalamualaikum bloggers :)

    Harini Akmal nak cerita tentang kawan Akmal, Nurul Ain binti Ruslan.

    Source : Facebook

    Haa, ni la tuan empunya nama. Comel kan? Okay, lets begin...

    Ain ni classmate Akmal. Sebelum Akmal pindah ke SBP dulu, Ain tak pindah ke SMKGC lagi. Tapi bila dah 3 bulan *lebih kurang la* kawan Akmal, Hazwani gitau Akmal yang ada budak baru pindah. Namanya AIN. Akmal pun tertanya-2 Ain ni macam mana orangnya. Akmal pun mintak laa Wani cerita pasai Ain. Wani cakap, Ain ni sebijik macam Akmal. Perangai gila-2. Wani kata lagi, kalau Akmal bergabung otak dengan Ain, mesti begegar dunia. Kehkehkeh. Masa tu, Akmal boleh agak Ain ni macam mana.

    Bila Akmal pindah balik ke SMKGC, Akmal tak jangka yang Akmal akan masuk 4SC2. Ya la, takkan nak masuk kelas lama balik iaitu 4SC1 sbb Akmal dah tak ada akaun tapi Akmal ambil ED. So, Akmal cuma ada dua pilihan, sama ada 4SC2 atau 4SC3. Tup tup, cikgu masukkan Akmal ke kelas 4SC2 sbb Akmal punya result PMR. Masa ni laa Akmal berjumpa dengan tuan empunya nama. Mula-2 tu kan, Akmal tak ingat tau apa yang Wani cerita kat Akmal tentang Ain. Bila Wani ingatkan balik, baru Akmal ingat. 

    First day Akmal jumpa dengan Ain, Akmal tak tegur sangat Ain ni sbb Akmal agak pemalu orangnya. Puihhh. Tapi bila dah dua tiga hari lepas tu, kami mula kamceng. Hahaha. Betul sangat la cakap Wani. Kami memang sekepala. Seriously, Akmal senang sangat kawan dengan Ain. Akmal tak sangka yang secepat tu kami boleh rapat. Masa Akmal kat SBP dulu, agak susah Akmal nak menyembang dengan kawan-2 lain yang baru kenal. Tapi dengan Ain ni, serious lain. Maybe sebab Ain and Akmal ni jenis banyak cakap kot. Heheheh. 

    I remembered one day, kawan Akmal, Khairil a.k.a Kay'en datang jumpa Akmal. Kay'en ni sebenarnya jiran Akmal. So, Akmal tak kekok la bila jumpa dia. Masa tu, Kay'en cakap yang kawan dia nak kenal-2 dengan Ain. Katanya, kawan dia nak number phone Ain. Puas Akmal gelak. Akmal gitau dekat Ain. Classmates Akmal yang lain pun dengar yang that boy mintak number Ain. Ain tanak bagi sbb dia dah ada boyfie. Kesian dekat that boy. Melepas. Hahaha. Boyfie Ain namanya Ikmal. Haaa, Akmal and Ikmal, nak sama kan nama kami? Sebab tu jugak laa Akmal and Ain cepat sangat kamceng. Ain gitau Akmal yang boyfie dia nama Ikmal. Akmal tak terkejut sangat la nama boyfie Ain nama Ikmal. Ain + Ikmal = Aynmal. Ni formula nama Ain and her boyfie. Cewahh, sweet ow.

    One day, Ain gitau Akmal yang Ain nak pindah balik ke sekolah lama dia, SMK Naka. Seriously, Akmal sedih sangat. Kami baru je kenal. Tak sampai setengah tahun pun, tup tup Ain nak pindah. Terasa kehilangan :'( Akmal suka cerita macam-2 rahsia Akmal kat Ain sebab she is a very good listener and the best secrets keeper. Ain ada tulis a short memo untuk Akmal. Ada tertera nama "Aynmal". So, Akmal tanya dekat Ain. "Aynmal ni untuk Ikmal ka untuk Akmal. Hahaha." Masa tu, Akmal melawak ja dengan Ain. Tapi Ain jawab, "Dua-2 pun boleh. Tapi ni special untuk Akmal. Hahaha. Baca kat rumah tau. Kalau hangpa baca sekarang, kami takmau kawan." So, Akmal pun simpan la that memo dalam bag. Bila sampai kat rumah, Akmal hampir terlupa tentang short memo tu. Akmal selongkar dalam beg. Nasib baik jumpa. Bila Akmal baca, ada "nukilan" khas daripada Ain untuk Akmal. Masa tu, Akmal rasa macam nak nangis sebab teringat yang Ain akan pindah. Tak boleh nak buat gila dengan Ain dah. Ain sorang ja yang panggil Akmal dengan nama "Akmal". Kawan-2 Akmal yang lain semuanya panggil Akmal, "Syatul". Akmal pun tak tau napa Ain panggil Akmal dengan nama "Akmal". 

    So sad, Ain nak pindah. Akmal dah puas pujuk Ain. Kata orang, patah tumbuh hilang berganti. Kalau ada someone yang nak "ganti" Ain pun, bagi Akmal tetap tak sama. Ain ialah Ain, nobody else :/ Tapi nak buat macam mana. Ain pun dah buat solat sunat istikharah. Katanya, dia yakin dengan pilihan dia, nak pindah balik ke SMK Naka. Sokeyy la Ain. Ingat janji kita eh. Ain janji nak dapat 6A / 7A ke atas dalam SPM nanti kan? Insya Allah Ain boleh ;) Semoga Ain berjaya kat SMK Naka :D Rumah Akmal dengan rumah Ain tak jauh pun, kentut pun boleh dengar. Kekekeke, tak senonoh. Bila Ain balik Gurun nanti, Ain text Akmal ok ;) Kalau Akmal free, Akmal pergi laa rumah Ain. Boleh "anyam ketupat" sama-2. Kalau ada rezeki lebih, Akmal belanja Ain nasi kandar kat Hussein Nasi Kandar kat Aneka Gurun tu eh. Tu ja yang Akmal mampu. Kahkahkah.

    Sampai sini saja. Esok nak teman Ain hantar surat pindah ke pejabat sekolah sekaligus nak beli buku sekolah siap-2. 

    A friend is someone who knows all about you and still loves you

    KBabaii

    Labels: , , , ,