ONLY TEARS


  • Free your heart from hatred
  • Free your mind from worries
  • Live simply
  • Give more
  • Expect less
    Instagram : PERFECCIONAR
    Wechat : the-akmal
    Facebook : Asyrahtul Akmal









  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Owner: Akmal
  • The war will begin.
    2013/12/26 | 0 Comments
    Assalamualaikum w.b.t



    Hai hai ^^, Akmal dah beli buku sekolah tadi pagi dengan Ain. Dah siap tulis nama dah pun. Motif Akmal upload gambar ni, saja-2 nak eksyen. Nampak dak background kat buku tulis tu? Nampak macam bukit bukau kan? Haa, ekcelli tu Gunung Jerai lah. Cantik kan? Sekolah Akmal memang dekat dengan Gunung Jerai pun. Kalau duduk dalam bilik guru pun dah boleh nampak Gunung Jerai tu. Kau hado, Jemah? 

    Sekarang dah pun 26 Disember 2013. Tak lama ja lagi nak bukak sekolah. Thats mean, Akmal kena mula belajar dan belajar dan belajar dan belajar lagi sampai laa SPM nanti. Erghh! Tak sanggup :/ Seriously, tak sanggup :( Honestly, Akmal tak buat apa-2 preparation pun lagi. Akmal tak pergi mana-2 tusyen pun. Kalau nak harapkan Akmal study kat rumah, memang haprak laa jawabnya. Bukannya Akmal yang menghadap buku, tapi buku yang menghadap Akmal.

    Tadi siang, Akmal ikut my parents pergi Alor Setar. Ibu nak beli mixer baru. Akmal saja-2 gedik nak ikut sebab Akmal bosan duduk kat rumah. Masa ibu and abah tengah berunding dengan tokey kedai, Akmal main Candy Crush sambil duduk atas kerusi dekat kaunter tu. Suddenly, ada sorang uncle ni tegur Akmal. "Main game ke?" Akmal pun tersengih-2 sambil angguk kepala. Uncle ni boleh tahan ramah dengan Akmal. Uncle tanya macam-2 soalan kat Akmal. Dia tanya Akmal ada berapa adik beradik, anak ke berapa, belajar kat mana, umur berapa, bla bla bla... Then, uncle tu menyembang pulak dengan ibu. Akmal pun buat dunno ja la. Takkan nak menyampuk pulak.

    Uncle tu ada pesan kat Akmal, "Belajar rajin-2. Kasi sama parents you result yang bagus. Dapat kerja bagus boleh bela parents you. Boleh tak?" Akmal senyum. Di mulut rasa macam nak jawab, Insya Allah. Tapi rasa serba salah sebab uncle tu cina. Akmal pun angguk saja laa. Sebelum Akmal balik, uncle tu pesan lagi, "Ingat aa pesan uncle tadi. Belajar bagi pandai. Tunjuk kat parents you result yang bagus. You kena ingat, result you tu tak ternilai, tak boleh beli dengan duit ringgit. Ingat aa. Jadi anak yang baik. Ada kerja bagus nanti, bela parents you."

    Haa, tudiaaa. Panjang lebar pesan uncle tu. Mendalam beno maknanya. Hmmm. Uncle, I'll try my best. Insya Allah, Akmal akan tunaikan janji Akmal dengan uncle. Akmal pun bercita-2 nak dapat result yang cemerlang SPM nanti, dapat kerja yang bagus then Akmal nak jaga parents Akmal. I will, uncle. I will. Doakan semoga Akmal berjaya ya :)


    Failure is the condiment that gives success its flavor.

    KBabaii

    Labels: , , ,