ONLY TEARS


  • Free your heart from hatred
  • Free your mind from worries
  • Live simply
  • Give more
  • Expect less
    Instagram : PERFECCIONAR
    Wechat : the-akmal
    Facebook : Asyrahtul Akmal









  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Owner: Akmal
  • Penat. Fuhh.
    2014/03/06 | 1 Comments
     Assalamualaikum ^^,

    Fuhh. Penat. Penat. Pagi tadi kat sekolah ada latihan merentas desa. Aikk? Merentas desa pun kena ada latihan ka? Hmm.. Yaa, memang perlu sebab cikgu dah pun tukar trek merentas desa bagi pelajar lelaki. Trek depa sama dengan trek pelajar perempuan. 3km aje punn. Akmal pun tak tau kenapa cikgu pendekkan trek pelajar lelaki. Sepatutnya trek depa 5km jauhnya. Perghh. 5km kau! Akmal lari 3km tadi pun terketar-ketar habeh lutut.

    Best kan dapat merentas desa? Akmal sukaaaa ^^, Suka sangat! Tapi Akmal ada asma :/ Akmal tak kesah pun dengan asma tu. Akmal nak lari jugak! Lantak laa nak pengsan tengah jalan ka hapa ka. Yang penting, Akmal dapat lari. Ibu cakap, asma tu makin di layan, makin menjadi-jadi. Buat tak tau sudahh. Mind set tu penting! My cousin said, "Bukan main aktif lagi kat sekolah. Masuk kawad la, apa la. Tapi ada asma. Alaaa, ruginyaa." Haha, memang rugi pun. Rugi sebab asma tu dah macam penghalang untuk kita rasa betapa nikmatnya aktif dalam apa-apa acara masa zaman sekolah. Tapi tak kisah laa, janji Akmal dapat join apa yang Akmal nak join. Tak pernah lagi laa dalam sejarah hidup Akmal pengsan dalam apa-apa aktiviti. Akmal kan tough! Erkk -__-"

    Mula-mula tu, Akmal lari dengan kawan Akmal, Hazwani a.k.a Wani. Mula-mula aja la. Pastu, bila dah sampai separuh trek, Akmal tertinggal Wani. TER- okehh. Tak sengaja. Sebab bila Akmal lari, Wani akan ikut kat sebelah. Bila Akmal jalan pun dia ada kat sebelah. Tapi entah macam mana tadi, Akmal boleh pulak tertinggal dia kat belakang -.-" Bila Akmal pusing belakang, Wani dah tak da! Sah Wani kena tinggal. So, Akmal lari buat dunno aja laa sampai sekolah. Well, Akmal bukanlaa orang pertama yang sampai kat sekolah. Bila Akmal langkah masuk ja pintu pagar sekolah, dah ramai dah pelajar yang dah sampai kat sekolah. Tak kisah laa orang ke berapa pun. Latihan ja.

    So, dah sampai kat sekolah, Akmal pergi kat ustazah and minum air oren yg ustazah buat. Fuhh. Lega gila! Walaupun air tu air oren yang biasa, tapi disebabkan kehausan yang memaku tekak Akmal, memang terasa kenikmatan air tu. Hahaha, over gilaa. Then, suddenly, Akmal nampak pakwe Wani. So, Akmal tanya la pakwe dia, "Ada nampak Wani dak? Aku tertinggal dia tadi." Muka pakwe dia macam nak telan Akmal hidup-hidup bila dia tau yang Akmal tertinggal awek dia kat belakang. Err. Tapi pakwe dia tak marah Akmal pun. Dia acah jaa. Cehh!

    Lepas merentas desa tu, cikgu bagi rehat sampai pukul 10.20 pagi. Lepas tamat waktu rehat, ada kelas ED pulak. Akmal letih! Apa yang ada dalam kepala hotak Akmal yang brilliant ni hanyalah, bantal. Tak larat nak belajar macam biasa dah laa cikgu oii. Serious letih. Cikgu tak pa laa, setakat jaga check point, nak penat apa lahh sangat. Bukannya lari 3km macam student lain pun -.-" Masuk ja dalam bilik ED, Akmal ambik tempat duduk, pastu Akmal tido! Tapi bersyukur gilaa sebab cikgu tak mengajar pun. Dia faham yang kami semua keletihan. Haha, sayianggg cikgu sendat-sendat. Waktu sejarah pun tak belajar jugak. Tapi waktu add math tadi, cikgu tetap mengajar macam biasa. Cikgu bagi latihan ja pun. Pastu, santai aja laa.

    Sabtu ni baru laa hari merentas desa yang sebenar. Hmm. Akmal pernah sumbangkan mata untuk rumah sukan. Tapi tak da laa sampai dapat pingat. Pingat tu untuk pelajar yang dapat tempat pertama sampai tempat doploh ja kalau tak silap. Akmal setakat dapat nombor 70 keatas ja. Yang penting dapat sumbangkan mata untuk rumah sukan. Semangat tu mau ada! 

    Keesokannya, Akmal dah start monthly test. Yeayyyy \(^0^)/ Satu apa pun Akmal tak study lagi -.- Auwww, I dunno how to study chemy, add math and physics. Add math tu, boleh laa tahan. Nak kena banyakkan latihan, dan hafal formula. Chemy pun kena banyak menghafal eksperimen, tahu cara nak buat chemical equation and hafal blablabla... Bab nak menghafal ni yang Akmal lemah sangat-sangat ni. Physics? Any idea how to study physics? I've asked my brada, how to study physics and he simply answered me, "Elehh, physics senang ja. Faham Newton's Law pun da cukup." -.-" Pala ho ho ho hotak dia. Erghh! Akmal ada tanya kak nurulee macam mana nak study ketiga-tiga subjek tu. And jawapan yang kak nurulee bagi sangat memuaskan hati Akmal. Yeah! :D


    Hmm. Akmal akan cuba apa yang kak nurulee nasihatkan. Thanks kak nurulee :) You can do it, Akmal!

    Satisfaction lies in the effort, not on success.
    Kbabaiii

    Labels: , , , , , , , , , , ,

    Syukur
    2014/02/21 | 5 Comments

    Assalamualaikum :D

    Alhamdulillah, Akmal sangat bersyukur sebab Allah masih mengizinkin Akmal hidup di muka bumi ni. Masih diberi peluang untuk menghirup oksigen dan berjumpa dengan orang-orang yang Akmal sayang. Bersyukur jugak sebab sempat update post kat blog! Hahahaha.

    Umur Akmal dah genap 17 tahun jam 12.21 p.m tadiiii :D Happy birthday to me~ Well, everybody grows older day by day, right. Oh-Em-Ji! Seventeen already?! Nooooooo~! Akmal dah tua *buat terok* Hmm. SPM, musuh utamaku. Benci -.- Perlu sangatka ambik SPM tu? Tak suka laa.

    Agaknya la kan, macam mana anak-anak yatim yang dah takdak ibu ayah sambut birthday depa? Mesti sedih kan? Masa ibu ngan abah wish kat Akmal tadi pun, Akmal rasa nak menangis dah. Apatah lagi anak-anak yatim. Lagi sedih kalau dia tak pernah sambut ngan parents dia.

    Apa perasaan anak tunggal sambut birthday eh? Seronok sebab parents dia boleh wish kat dia sorang ja? Atau dia rasa kesunyian sebab tak boleh nak sambut dengan somebody yang bergelar kakak, abang atau adik. Akmal ada seorang abang and seorang adik perempuan. Both of them wished me and I am so happy. Akmal tak boleh bayangkan kalau Akmal anak tunggal, sambut birthday just dengan parents ja. Mesti quite boring, kan?

    Macam mana pulak anak-anak yang dekat Gaza sana? Perang sana sini. Kita sambut birthday dengan kek, baling tepung telur bagai, depa pulak 'main' dengan peluru hidup, bom dsb. Tapi Allah dah janjikan depa sebagai para shahid. Syurga menanti. Subhanallah... Alangkah bahagianya kalau meninggal dalam keadaan syahid pada hari kelahiran kita :')

    Macam mana anak-anak kat negara miskin sana sambut hari jadi? Tiada makanan, tiada baju baru, apatah lagi hadiah yang hebat-hebat. Ada makanan pun sejemput. Itu pun perlu berebut. Orang kita pulak, kalau boleh buat birthday party, makan sampai berlori-lori. Makan sampai boleh mati kekenyangan. Air bermacam-macam perisa, berbagai warna. Anak-anak Somalia cuma minum air paip, kalau terdesak sangat, ada yang minum air kencing sendiri. Kita yang tahu pasal ni, boleh la cakap "Euw, geli gila nak minum air kencing. Kotor kot. Tak da selera aku nak minum." Tapi tu la hakikatnya. Tu pun tak mau bersyukur lagi bila ibu masak lauk ikan goreng dengan kicap ja. Sekurang-kurangnya ada jugak benda yang nak dimakan.

    I am soooooooo grateful because I can celebrate my birthday with my lovely family, my siblings, my friends. Dapat sambut birthday dalam keadaan yang aman damai, tak perlu lari menyorok dari hujan peluru yang membunuh, makan kek birthday yang creamy, fluffy and gemuk handmade by ibu, dapat hadiah dari kawan-kawan and my parents. Hadiah kasih sayang ♥


     
    My mom made this cake for meeeeee :D Yummy, makin gemuk laa Akmal ~(-.-)~


    My friend gave this frame to me :D Just a simple gift but it is very meaningful to me XD

    Akmal berharap semoga hari kelahiran Akmal yang ke-17 ni, banyak rezeki yang masuk dan semua urusan akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. 9A's for SPM maybe. Amiiin~

    Labels: , , , , ,

    Parents' Day
    2014/02/12 | 0 Comments
    Assalamualaikum. Hai hai :)

    Harini mood Akmal tak berapa nak baik :/ Entah kenapa. And harini ada perjumpaan waris kat sekolah. Oh tidak! Parents wajib mai sebab nak daftar SPM lah, komen pasal result akhir tahun 2013 lah, hapa lah. Err -.-" Result Akmal teruk gilaaaaa! Layak campak masuk laut ja result tu. Tak membanggakan langsung!

    Ibu yang pi perjumpaan waris tadi. Kesian kat ibu. Semalan ibu kerja shift malam. Semalaman ibu tak tidoq. Sejak pukul 8 malam sampai laa 8 pagi tadi. Pastu terus pi sekolah Akmal untuk perjumpaan waris tadi. Tunggu punya tunggu, pukul 1 lebih baru tamat majlis tu. Ibu tak tidoq sampai majlis tu tamat! Bila Akmal balik sekolah tadi, ibu dok buat roti untuk letak kat kedai. Ibu tak tidoq lagi! Kesian kat ibu. Ibu sanggup korbankan masa tidoq ibu semata-mata sebab Akmal. Ishhh :'(

    Kat sekolah tadi, ibu mengadu yang ibu sakit gigi. Akmal kesian sebenarnya. Akmal cakap la kat ibu, kalau sakit gigi tak payah la mai. Dah la ibu tak rehat sejak semalam. Oh, ibu.

    Masa ibu jumpa dengan guru kelas tadi, Cikgu Abisah, ada la cakap yang result Akmal ok dah cuma herot kat Add Math ja. Well, Add Math Akmal failed. Tak pernah lulus pun. Tapi ibu cakap kat cikgu yang Akmal banyak berusaha kat rumah walaupun Akmal tak pergi mana-mana tusyen and ibu yakin dengan usaha Akmal. Ibu yakin yang Akmal boleh buat yang terbaik untuk SPM tahun ni. Cikgu pun cakap yang tusyen tu kalau tak pi pun tak pa and cikgu pun cakap yang Akmal boleh buat untuk SPM nanti. Ishh. Akmal sebak! Dalam otak Akmal terfikir macam mana kalau Akmal tak dapat macam apa yang cikgu and ibu harapkan?

    Akmal cakap kat ibu yang Akmal target 5A 2B 2C ja untuk SPM nanti. Akmal target ED and Physics dapat B, and Chemy and Add Math dapat C. Selebihnya A.  Tapi Akmal nak masuk Universiti Teknologi Petronas or UniKL-MFI. Sesuai dengan cita-cita Akmal, chemical engineer. Tapi.. Tapi.. Tapi.. Akmal tak yakin dengan diri Akmal :(

    Masa Akmal dengar ceramah kat sini, motivator tu cakap syarat untuk masuk UTP, result SPM paling minima kena dapat 7A+ 2A-    -___________- Ishhh. Can I? Ya Allah... Gerunnya Akmal. Akmal nak dapat lebih dari 2A pun terkentut-kentut, ni kan  pulak nak dapat that much A's.

    *speechless*

    Kbabaiii

    Labels: , , ,

    Welcome February
    2014/01/31 | 0 Comments
    Assalamualaikum :)

    Baru lepas breakfast. Kenyang gilosss. *blurppp* Alhamdulillah. Akmal dah bagi 'angpau' kat blog Akmal. Hahaha. Entah kenapa, rasa mcm nak tukaq blogskin.

    Harini last day dalam bulan Januari :D Haiiiiiii February. Akmal suka Februari. Sebab? Sebab Bulan Februari ada 28 hari ja. Kalau tahun lompat, ada 29 hari la kan? Bulan Februari bulan yang special bagi Akmal. Sebab Akmal dilahirkan pada bulan Februari! Yippi yippi yeayyeay :D Akmal nak hadiah, boleh? Hahahaha. Tak malu, main mintak-mintak pulakk.

    Birthday Akmal tahun ni jatuh pada hari Jumaat, 21 February. Ohh, kebetulan. Masa Akmal dilahirkan pun, jatuh pada hari Jumaat jugak, pukul 12.21 p.m. Hmmm. Tarikh yang cantik, waktu kelahiran pun cantik :D *perasan* 

    Alangkah indahnya kalau ajal Akmal pun pada waktu yang sama, hari yang sama dan tarikh yang sama dengan birthday Akmal. Tak salahkan berharap :) Ingat mati tu kan sunat. Dapat pahala tau kalau ingat mati.

    21 February nanti genapla umur Akmal 17 tahun. Oh nooooo! SPM lahh pulak ==" Hmmmm. A lurus. A lurus.

    Deep down I believe my year was a special year

    Kbabaiii

    Labels: , , ,

    Azam 2014
    2014/01/04 | 2 Comments
    Assalamualaikum semua :)

    How are you? Well, Akmal dah jarang update dah sejak buka sekolah ni. Ibu dah tetapkan syarat kalau nak guna laptop. "Kalau nak blogging or Facebooking or blogwalking or apa-apa -ing lagi laa, cuma boleh online masa jumaat sabtu selama 2 jam sahaja!" ==" Akmal rasa macam aktiviti harian Akmal tersekat dan terhad. Tapi ibu buat semua tu untuk kebaikan Akmal jugak. Akmal ni mudah sangat leka. My mom knows me well.

    Dah masuk tahun baru kan? It's not too late for me to wish a happy new year, right? Happy new year, guys ^^, Bila cakap tentang tahun baru ni, mesti berkaitan dengan azam tahun baru. Perhimpunan kat sekolah hari tu pun Pengetua ada cakap pasal azam tahun baru lah, apa lah. Akmal punya azam? Apa ehh?

    Akmal rasa Akmal tak perlukan azam tahun baru lah. Akmal rasa macam mengarut ja kalau Akmal ada azam baru. Sebab azam-azam Akmal yang lepas tak tertunai pun rasanya. Awal-awal tahun tu, kemain lagi bersemangat dengan azam baru. Tapi bila dah pertengahan tahun, azam tu semakin dilupakan. That's whyy la Akmal tak perlukan azam tahun baru. Mengarut ja semua tu.

    Tapi Akmal rasa tahun ni Akmal perlukan azam yang super duper baru. For the sake of SPM! Tapi apa ehh? Hmmm..

    Pertama sekali, Akmal nak kurangkan tidur petang. Akmal suka sangat tidur petang sebab Akmal bosan dan tak tahu apa nak buat waktu petang. Tidur petang tak baik untuk kita, kannn? Rasanya, Akmal boleh kurangkan tidur petang sebab Akmal selalu sibuk dengan latihan kawad kaki kat sekolah. Kalau tak ada aktiviti pun, Akmal nak gunakan masa petang Akmal sebaik-baiknya. Siapkan homework ka, study dengan kawan-kawan ka.

    Kedua, Akmal dah tak nak main-main dalam kelas. Akmal nak fokus dengan apa yang cikgu ajar. Kalau tak faham, Akmal akan beranikan diri Akmal tanya dekat cikgu. Well, takda cikgu yang telan anak muridnya sendiri kan? Chaiyokk Akmal!

    Ketiga, Akmal nak banyakkan bermain pada waktu petang. Sir English Akmal cakap, kita kena beriadah pada waktu petang. Keluarkan peluh dalam badan tu. Baru otak cergas. Pergi sekolah pun tak mengantuk. Hmmmm. Akan ku cuba.

    Keempat, tak tangguhkan homework. Err, yang ni macam susah ja. Cikgu suka sangat bagi homework yang bertimbun dengan tempoh nak siapkan homework tu singkat pulak. Haehhh. Sokayy Akmal. You can do it! Homework ja pun. Bukannya buat rumah sebijik.

    Kelima, yakin dengan diri sendiri yang azam tahun 2014 ni dapat ditunaikan. Haaa, yang ni penting rasanya. Kehkehkeh. Akmal ni agak kekurangan keyakinan dalam diri. So, Akmal nak tanamkan sifat yakin dalam diri Akmal supaya Akmal yakin untuk buat apa-apa  ja yang Akmal rasa tak boleh buat. Kalau tak yakin, semua benda yang kita nak buat mesti susah menjadi, kan?

    Kalau Akmal nak list semua azam Akmal memang banyak laa. So, Akmal harap Akmal dapat tunaikan azam tahun baru Akmal ni. Jangan hot-hot chicken's poop sudah laa.

    Do what you can, with what you have, where you are. 

    Kbabaii.

    Labels: , , , , , ,

    The last game
    2013/12/29 | 0 Comments
    Assalamualaikum everybody :)

    Tadi petang kan, Akmal pegi main bola tampar kat sekolah. Hari-hari sebelum ni pun Akmal pegi main jugak. Cuti sekolah ni memang membosankan. Nak pegi holiday pun, parents Akmal tak cuti :( Sedih laa jugak. Jealous kayy tengok friends kat FB pakat-pakat dok post gambar bercuti. Terengganu lahh, Kelantan lahh, Johor lahh, sana lahh, sini lahh. Jealous kayy jealous :3

    Tapi Akmal bersyukur. Walaupun cuti ni agak bosan. Akmal masih ada kawan-kawan yang sanggup luangkan masa main bola tampar sama-sama. Macam skema ja ayat -.-" Hari ni hari last kami main bola tampar. Akmal ada ambil gambar sikit-sikit. Actually, bukan Akmal yang snap, tapi adik Akmal. Hihihi. 











    Our coach. Haha. Coach laa sangat =="







    p/s : Sorry, kualiti gambar tak awesome. Akmal guna phone cap lempaq ke dinding ja :p

    Cuba teka, mana satu Akmal. Clue : taik cicak. Ekekeke. Kami main 4 games tapi seri, 2-2.Alaaa, kami main ala-ala Tom & Jerry. Sikit-sikit nak bergaduh. Huwaaa. I'll miss this moment so much. Tahun depan muka-muka ni laa yang nak ambik SPM pun. Except Kak Alia, yang tudung merah tu and budak kecik tu. Kami ni, kalau boleh main memang main bersungguh-sungguh. Tapi kalau bab-bab study ni, hmmmmm. Kalau tengok balik gambar-gambar tu, nampak macam tak main pun kan? Seolah-olah kami semua sedang berdiri macam tunggul kayu ==" Hakikatnya, memang kami pulun gila-gila laa tadi. Akmal punya laa enjoy tadi sampai 'eksiden' dengan Kak Alia masa nak sambut bola tadi. Sorry kak. Akmal betul-betul tak sengaja :p

    Tinggal lagi beberapa hari saja lagi nak masuk tahun baru. Akmal tak boleh nak main-main lagi dah. Akmal nak kena berperang dengan SPM, penentu masa depan Akmal. Chayokk Akmal! Kehkehkeh. 

    One day, in retrospect, the years of struggling will strike you as the most beautiful.

    Kbabaiii.

    Labels: , , , , , ,

    Conclusions of 2013.
    2013/12/28 | 0 Comments
    Assalamualaikum semua ^^,

    Harini dah pun 28 Disember 2013. Tinggal lagi beberapa hari ja lagi sekolah nak bukak. Honestly, Akmal rasa sedih. Akmal tak ready lagi nak berhadapan dengan tahun baru. Akmal takut. Takut dengan SPM. Takut tak boleh dapat result yang cemerlang. Takut parents Akmal sedih dengan pencapaian Akmal nanti. Takut cikgu-2 sedih dengan result Akmal. Takut dengan semua perkara yang bakal berlaku akan datang.

    Tahun 2013 ni cukup bermakna bagi Akmal. Tahun yang banyak mengajar Akmal benda-benda baru. Tahun yang telah mematangkan diri Akmal. Tahun yang dah bagi Akmal pengalaman yang baru. Tahun 2013 ni dah pun ajar Akmal :

    Erti persahabatan
    Akmal belajar macam mana nak berkenalan dengan kawan-kawan Akmal yang baru masa kat SYTRA (SBP).
    Kawan-kawan baru Akmal masa kat SYTRA :')

    Erti keikhlasan
    Akmal dah sedar yang kita kena ikhlas kalau nak buat semua benda. Disebabkan Akmal tak ikhlas nak pergi SYTRA, Akmal tak boleh study kat sana, result Akmal pun merosot. But now, Akmal dah balik ke sekolah lama :) So, lepas ni Akmal kena laa belajar dengan ikhlas dan redha :)

    Balik dari Perlis ke Kedah naik bas
    Masa Akmal belajar kat SYTRA dulu, Ibu suruh Akmal balik naik bas masa pulang bermalam. Honestly, Akmal tak pernah balik asrama naik bas. Masa tu, hati Akmal memang bangkang sangat-sangat. Akmal tak suka. Tapi ibu cakap, kalau takmau balik naik bas, takyah balik terus. Mau tak mau, terpaksa la balik naik bas. Mula-mula tu Akmal rasa tak seronok. Tapi bila dah lama-lama, okay laa...

    Berjimat-cermat
    Seriously, Akmal ni pemboros orangnya. Pantang ada duit lebih, mesti cepat jaa habis. Masa Akmal kat SYTRA, Akmal balik sebulan sekali ja. Tapi ibu cuma bagi Akmal duit belanja RM100 untuk sebulan. Serious tak cukup. So, Akmal kena laa berjimat. Kalau duit Akmal dah habis atau tak cukup, memang Akmal tak bagitahu kat ibu and abah. Akmal tanak Ibu and Abah risau. Akmal diam saja laa sampai hari pulang bermalam.

    Matang
    Tahun 2013 ni dah pun mematangkan Akmal. Akmal terpaksa buat keputusan masa Akmal nak ke SBP. Akmal kena tinggalkan kawan-kawan, cikgu dan lain-lain. Akmal belajar untuk sesuaikan diri dekat sekolah baru, kawan-kawan baru, cikgu-cikgu baru, peraturan baru dan persekitaran baru di tempat orang. Pada mulanya, Akmal tak selesa. Tapi bila dah sebulan dua, Akmal rasa okay laa. Not bad.

    Banyak lagi lah benda baru yang Akmal belajar sepanjang tahun 2013 ni. Bagi Akmal, 2013 ni antara tahun yang sangat-sangat bermakna untuk Akmal. I will miss this moment :')

    I'm a big girl in a big world. It's not a big thing if you leave me. But I do feel, but I do will miss you much.

    KBabaiii.

    Labels: , , , ,

    The war will begin.
    2013/12/26 | 0 Comments
    Assalamualaikum w.b.t



    Hai hai ^^, Akmal dah beli buku sekolah tadi pagi dengan Ain. Dah siap tulis nama dah pun. Motif Akmal upload gambar ni, saja-2 nak eksyen. Nampak dak background kat buku tulis tu? Nampak macam bukit bukau kan? Haa, ekcelli tu Gunung Jerai lah. Cantik kan? Sekolah Akmal memang dekat dengan Gunung Jerai pun. Kalau duduk dalam bilik guru pun dah boleh nampak Gunung Jerai tu. Kau hado, Jemah? 

    Sekarang dah pun 26 Disember 2013. Tak lama ja lagi nak bukak sekolah. Thats mean, Akmal kena mula belajar dan belajar dan belajar dan belajar lagi sampai laa SPM nanti. Erghh! Tak sanggup :/ Seriously, tak sanggup :( Honestly, Akmal tak buat apa-2 preparation pun lagi. Akmal tak pergi mana-2 tusyen pun. Kalau nak harapkan Akmal study kat rumah, memang haprak laa jawabnya. Bukannya Akmal yang menghadap buku, tapi buku yang menghadap Akmal.

    Tadi siang, Akmal ikut my parents pergi Alor Setar. Ibu nak beli mixer baru. Akmal saja-2 gedik nak ikut sebab Akmal bosan duduk kat rumah. Masa ibu and abah tengah berunding dengan tokey kedai, Akmal main Candy Crush sambil duduk atas kerusi dekat kaunter tu. Suddenly, ada sorang uncle ni tegur Akmal. "Main game ke?" Akmal pun tersengih-2 sambil angguk kepala. Uncle ni boleh tahan ramah dengan Akmal. Uncle tanya macam-2 soalan kat Akmal. Dia tanya Akmal ada berapa adik beradik, anak ke berapa, belajar kat mana, umur berapa, bla bla bla... Then, uncle tu menyembang pulak dengan ibu. Akmal pun buat dunno ja la. Takkan nak menyampuk pulak.

    Uncle tu ada pesan kat Akmal, "Belajar rajin-2. Kasi sama parents you result yang bagus. Dapat kerja bagus boleh bela parents you. Boleh tak?" Akmal senyum. Di mulut rasa macam nak jawab, Insya Allah. Tapi rasa serba salah sebab uncle tu cina. Akmal pun angguk saja laa. Sebelum Akmal balik, uncle tu pesan lagi, "Ingat aa pesan uncle tadi. Belajar bagi pandai. Tunjuk kat parents you result yang bagus. You kena ingat, result you tu tak ternilai, tak boleh beli dengan duit ringgit. Ingat aa. Jadi anak yang baik. Ada kerja bagus nanti, bela parents you."

    Haa, tudiaaa. Panjang lebar pesan uncle tu. Mendalam beno maknanya. Hmmm. Uncle, I'll try my best. Insya Allah, Akmal akan tunaikan janji Akmal dengan uncle. Akmal pun bercita-2 nak dapat result yang cemerlang SPM nanti, dapat kerja yang bagus then Akmal nak jaga parents Akmal. I will, uncle. I will. Doakan semoga Akmal berjaya ya :)


    Failure is the condiment that gives success its flavor.

    KBabaii

    Labels: , , ,