ONLY TEARS


  • Free your heart from hatred
  • Free your mind from worries
  • Live simply
  • Give more
  • Expect less
    Instagram : PERFECCIONAR
    Wechat : the-akmal
    Facebook : Asyrahtul Akmal









  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Owner: Akmal
  • Conclusions of 2013.
    2013/12/28 | 0 Comments
    Assalamualaikum semua ^^,

    Harini dah pun 28 Disember 2013. Tinggal lagi beberapa hari ja lagi sekolah nak bukak. Honestly, Akmal rasa sedih. Akmal tak ready lagi nak berhadapan dengan tahun baru. Akmal takut. Takut dengan SPM. Takut tak boleh dapat result yang cemerlang. Takut parents Akmal sedih dengan pencapaian Akmal nanti. Takut cikgu-2 sedih dengan result Akmal. Takut dengan semua perkara yang bakal berlaku akan datang.

    Tahun 2013 ni cukup bermakna bagi Akmal. Tahun yang banyak mengajar Akmal benda-benda baru. Tahun yang telah mematangkan diri Akmal. Tahun yang dah bagi Akmal pengalaman yang baru. Tahun 2013 ni dah pun ajar Akmal :

    Erti persahabatan
    Akmal belajar macam mana nak berkenalan dengan kawan-kawan Akmal yang baru masa kat SYTRA (SBP).
    Kawan-kawan baru Akmal masa kat SYTRA :')

    Erti keikhlasan
    Akmal dah sedar yang kita kena ikhlas kalau nak buat semua benda. Disebabkan Akmal tak ikhlas nak pergi SYTRA, Akmal tak boleh study kat sana, result Akmal pun merosot. But now, Akmal dah balik ke sekolah lama :) So, lepas ni Akmal kena laa belajar dengan ikhlas dan redha :)

    Balik dari Perlis ke Kedah naik bas
    Masa Akmal belajar kat SYTRA dulu, Ibu suruh Akmal balik naik bas masa pulang bermalam. Honestly, Akmal tak pernah balik asrama naik bas. Masa tu, hati Akmal memang bangkang sangat-sangat. Akmal tak suka. Tapi ibu cakap, kalau takmau balik naik bas, takyah balik terus. Mau tak mau, terpaksa la balik naik bas. Mula-mula tu Akmal rasa tak seronok. Tapi bila dah lama-lama, okay laa...

    Berjimat-cermat
    Seriously, Akmal ni pemboros orangnya. Pantang ada duit lebih, mesti cepat jaa habis. Masa Akmal kat SYTRA, Akmal balik sebulan sekali ja. Tapi ibu cuma bagi Akmal duit belanja RM100 untuk sebulan. Serious tak cukup. So, Akmal kena laa berjimat. Kalau duit Akmal dah habis atau tak cukup, memang Akmal tak bagitahu kat ibu and abah. Akmal tanak Ibu and Abah risau. Akmal diam saja laa sampai hari pulang bermalam.

    Matang
    Tahun 2013 ni dah pun mematangkan Akmal. Akmal terpaksa buat keputusan masa Akmal nak ke SBP. Akmal kena tinggalkan kawan-kawan, cikgu dan lain-lain. Akmal belajar untuk sesuaikan diri dekat sekolah baru, kawan-kawan baru, cikgu-cikgu baru, peraturan baru dan persekitaran baru di tempat orang. Pada mulanya, Akmal tak selesa. Tapi bila dah sebulan dua, Akmal rasa okay laa. Not bad.

    Banyak lagi lah benda baru yang Akmal belajar sepanjang tahun 2013 ni. Bagi Akmal, 2013 ni antara tahun yang sangat-sangat bermakna untuk Akmal. I will miss this moment :')

    I'm a big girl in a big world. It's not a big thing if you leave me. But I do feel, but I do will miss you much.

    KBabaiii.

    Labels: , , , ,