ONLY TEARS


  • Free your heart from hatred
  • Free your mind from worries
  • Live simply
  • Give more
  • Expect less
    Instagram : PERFECCIONAR
    Wechat : the-akmal
    Facebook : Asyrahtul Akmal









  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Owner: Akmal
  • New family.
    2015/06/12 | 0 Comments
    Assalamualaikum.

    hhaaaaaaaaiiiiiii. nampak tak eksaited tu? hahahahahaha.

    dah tiga minggu akmal kat kmtk. so, how am i going on? hmm. so far so good. tinggal lagi 7 minggu sebelum UPS 1 a.k.a mid sem exam. sekarang ni tak terasa lagi la stress ke hapa. tapi tunggu je la sikit masa lagi. bak kata lecturer chemy, "satu hari nanti kamu akan rasa tertekan sampai kamu rasa apa yang kamu belajar sikit pun tak masuk dalam kepala. itu normal." haaaaa. normal weh! tengok lah result nanti cemana. normal ke oku. ngeh.

    sebelum ni akmal ada cerita yang akmal dah lulus interview pertama untuk jadi ahli PRD kan? okay. sambungan cerita interview tu. akmal dah lupa hari apa akmal pergi interview kedua tu. masa tu, akmal tengah mandi. biasa la. baru balik kuliah. tetiba ada announcement, sesapa yang lulus interview pertama tu kena pergi ke bilik kaunseling untuk interview seterusnya. akmal pun apa lagi. mandi ah cepat cepat. punya la rush sampaikan tertinggal spek mata kat bilik. sampai je kat bilik kaunseling, dah ramai dengan students lain. akmal perasan kat pintu kaunselor ada satu notis yang mengatakan interview akan diadakan pada jam 4.30 petang. tapi announcement kat kolej kediaman tu pukul 5.30. akmal mula cuak.

    then, tiba turn untuk ditemuduga. akmal tak masuk bilik tu sorang. masuk empat orang sekaligus. sepatutnya tiga orang tapi sebab dah kesuntukan masa, dia buat empat orang terus. so, akmal masuk laaaaa dengan lagi tiga orang tu. bilik dia, masha Allah.. sejuk tergedik gedik! nervous takyah cakap ah. jantung berdegup kencang macam baru lepas kena kejar dek anjing.

    soalan dia simple je. "bagi saya sebab kenapa saya perlu pilih awak jadi ahli PRD." ada yang jawab sebab pernah jadi pembimbing rakan sebaya lah, sebab pandai bergaul dengan orang baru la, pernah jadi penolong ketua pengawas la apa la. akmal? hahahahaha. akmal jawab, "sebab saya tak suka tangguh kerja. saya akan siapkan sesuatu kerja tu sampai betul betul siap. saya jugak seorang yang menepati masa." then, dia cakap dengan seriousnya,"tapi kamu datang lambat." masa tu rasa macam ada orang baling kasut spike kat muka! akmal pun jawablah,"sebab saya tak tahu pun yang interview ni..." terus dia pintas cakap akmal. "ALASAN!" muka dia ggaaaarraaannggg. goshh.

    itu lah pengalaman pertama akmal kena interview. hahahaha. masa akmal kena interview tu, akmal tengok mata dia. orang cakap, kalau nak kena interview, jangan tengok mata interviewer tu. nanti nervous gelabah gaban. tapi akmal tak. akmal tengok jugak mata dia. dengan yakin dan beraninya akmal bertentang mata dengan dia! but the fact is, akmal rabun. huahuahua. akmal tak nampak pun mata dia. nampak pun blurrr ja. sebab tu akmal tengok ja mata dia. berani lah konon.

    keesokan harinya, keputusan pun keluar. as usual, akmal tengah mandi. tetiba ada announcement. "perhatian kepada sesiapa yang namanya disebut, anda diminta ke bilik kaunseling pada jam blablabla.." akmal pun fokus laa dekat nama yang disebut. nama akmal second last yang disebut. memula tu mati mati ingat tak dapat! Alhamdulillah..

    dah habis cerita pasal PRD. now, cerita pasal dormmates pulak. dorm akmal dah full! kalau sebelum ni ada empat orang. tapi sekarang dah cukup enam orang. yang sorang tu first intake tapi dia masuk lambat sebab apa entah. baru masuk minggu ni. asal selangor. sorang lagi second intake. baru masuk harini. she is an indian. asal bukit mertajam. perghh. dormmates akmal semua asal lain lain. maka banyaklah loghat yang akan wujud dalam dorm P T2.6 ini. kah!



    ini gambar siang tadi. fresh from the oven. tak la fresh sangat. dah suam dahhh. petang tadi ada program bersama perpustakaan. antara aktiviti yang ada, spelling bee, teka berat buku and selfie contest. akmal lagi suka jadi penonton. tak suka sangat masuk any contest. setakat jadi 'cheerleader' kat bawah stage tu boleh ah. huahuahua. 

    ada gaya boleh jadi engineer tak? hahahahaha. in shaa Allah, boleh jadi engineer.

    akmal dah buat instagram! sebelum ni kemain lagi takmau buat. tapi disebabkan PRD punya penangan, akmal buat la jugak. huahuahua. baru nak berjinak jinak dengan instagram. ngeh. budak baru nak maju.

    salam sayang,
    akmal.