ONLY TEARS


  • Free your heart from hatred
  • Free your mind from worries
  • Live simply
  • Give more
  • Expect less
    Instagram : PERFECCIONAR
    Wechat : the-akmal
    Facebook : Asyrahtul Akmal









  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Owner: Akmal
  • new leaf.
    2015/05/06 | 0 Comments
    assalamualaikum w.b.t


    rindu blog. lama tak bukak. busy sangat. hahahahaha. busy apa la sangat. busy dengan part-time job. tapi sekarang tak busy dah. akmal dah berhenti 30 april haritu. sobss. so sekarang tak busy dah la. kembali menjadi penanam anggur. tengah tunggu anggur berbuah. lambat lagi nak berbuah nampaknya. hmm. 

    akmal rindu bakeri. rindu bau kek. rindu nak buat kek. rindu bunyi mixer. rindu nak main tekan tekan mesin duit tu. rindu bunyi resit keluar. rindu nak kacau kak sue. rindu nak lap pintu peti ais yg sejuk gedik tu. rindu nak buat macam macam. seronok kerja situ. rasa macam tak mahu berhenti. tapi terpaksa la jugak sebab nak sambung study kan.

    cakap pasal sambung study. akmal ada jugak dapat tawaran. banyakkk. tapi tu semua swasta ah. kelmarin dapat surat dari kuis. lambat betul surat tu sampai. harini dah boleh check upu dah. hahaha. tapi tawaran tu semua akmal tak pergi pun la. rabak poket parents gue. kalau memang asal dari family kaya takpa la jugak kan.

    akmal ada la jugak apply unikl. tapi tak dapat. huaaaaaa. wani and atikah dapat je unikl tu. dapat course sama plak tu. chemical engineering. tapi wani utk food and atikah pulak polimer. akmal nak course tuuuuuuu. nak sangat sangat sangat sangat sangat. memang minat gilaaaa dengan course tu. kalau atikah and wani sama sama nak terima course tu, boleh aa pergi sambung sana sama sama. balik kampung sama sama. tinggal akmal kat sini. huaaaa. ee dengan aiman pun dapat unikl yg sama and course yg sama. course hape kebende ntah kat mimet. untungnyaaaaaa. kenapa akmal tak dapat. ermm ermm. "sebab Allah bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita nak." okay. terkedu. takpa. rezeki kat tempat lain. percaya dengan perancangan Dia sebab Dia dah aturkan yang terbaik untuk kita.

    akmal dapat matrikulasi jugak. kolej matrikulasi teknikal kedah. dekat dengan rumah je haaaaa. lima minit je kut. ibu dengan abah kemain lagi suruh akmal pergi sana. kalau boleh akmal takmau pergi la. ramai je classmates akmal dapat situ jugak. sama sama kena campak sana. tapi masing masing tunggu upu. okay. now semua dah check upu. ada dapat uthm, uitm, poli, bla bla bla. whoaaa.syok aaaaa. akmal dapat politeknik. course kejuruteraan awam. poli mana tak tahu lagi.tak gitau la pulak poli mana. okay. now, kena fikir banyak kali aa nak pi poli ke matriks. hahahahahaha.

    akmal tak pernah pergi interview apa apa. hahahahaha. kawan kawan lain dah ada pengalaman kena interview. atikah pergi interview upnm. sado aa minah tu. leftenan muda atikah. wani pulak dapat interview ipg. amir, syazwan lain lain pun ada jugak pergi interview alam la unikl la apa la. faris interview uitm utk tesl. tu pulak bakal jadi mat saleh la lepas ni. akmal tak berpeluang la nak rasa macam mana nervousnya kena interview. hahahaha. takpa."kena interview dengan bakal mertua lagi nervous." kah! ntah hapa hapa.

    "takyah sambung belajar la akmal. hang duduk je rumah tunggu orang masuk minang." haaaaaaa tu lagi la ntah hapa hapaaaaaa. memang kalau dah masuk umur 18 tahun, memang kena cakap pasal minang tunang kahwin bagai eh? akmal tak paham. memang wajib ke apa cakap benda benda macam tu. come on laaaaaa. akmal underage lagi la. forever sweet 16. huahuahua.

    cakap pasal minang. ermmm ermmm. ekhemm. ada la beberapa orang hamba Allah duk buat lawak yang tak lawak cakap nak masuk minang akmal. hahahahahaha. like seriously? noooooooooooo. come on ah weyyyyy. nak study dulu ah. tak puas nak berfoya foya lagi. hahahaha. tak ready sebenarnya. bukan tak ready. tapi takut actually. serik. a single touch can leave a scratch. acewahhh. hahahahahahaha. i am protecting my heart from being hurt for the umpteenth times.

    so now, i have to start a new life with a new spirit in a new phase. kah!

    salam sayang.
    akmal.