Owner: Akmal
When at the wedding... Assalamualaikum w.b.t.
Sepanjang bulan disember ni, memang banyak jemputan kenduri. Macam-macam kenduri. Kenduri kahwin la, kenduri sunat la, kenduri kesyukuran la, itu la, ini la. Bila dah dapat jemputan tu, wajib la pergi kan. Ibu cakap, kalau kita tak pergi kenduri orang, nanti orang takmau mai kenduri kita. Akmal pun macam percaya laa ngan kata-kata ibu =_=" Kira macam kifarah laa. hahaha. Eshhh. Akmal takmau la bila kenduri Akmal nanti tadak sapa yang mai. Takmau takmau *geleng pala*
Tapi kaaannnn.. Akmal tak suka sangat bila pi kenduri. Banyak benda yang tak sedap tengok dan tak sedap dengar. Kalau pergi kenduri tu, tak boleh ka pakai baju yang sopan sikit? Tak leh sopan banyak, sikit pun jadi laa. Pakai baju yang ketat giiiillaaaaa. Nampak habis atas bawah depan belakang kiri kanan. Nak tayang kat sapa pun tatau -_- Biasanya perempuan laa yang nak pakai ketat-ketat ni. Dah la pakai baju kurung. Geram betul. Baju kurung pun nak outer bagi ketat ka. Kalau nak pakai ketat-ketat sangat, tunggu masa nak kena kafan. Hah! Masa tuuu, dari atas kepala sampai hujung kaki orang "ketatkan" untuk hang.
Dah la Akmal dengan Along suka kutuk-kutuk orang. kuikuikui. Paling best kutuk bila nampak sorang perempuan tu, pakai tudung singkat atas dada. Sanggul tinggi menyebabkan saiz kepala dia nampak besar dan lonjong macam kacang tanah. Make-up tu, perghhh.. Tak tahu berapa kali sapu bedak laa. Warna kulit tangan ngan muka totally different. Along cakap, sekali boh penyepak kat muka, jerebu 3 hari 3 malam.
Kekadang tu, masa Akmal tengah makan, boleh pulak terdengar makcik A dan makcik B dok menyembang. Entah menyembang entah mengumpat. Ada ja benda pelik-pelik.
A : menantu si C tu orang mana?
B: orang sabah kalau tak silap. kerja atas kapal. 6 bulan darat 6 bulan laut.
A: Orang sabah?! Eshh.. Kalau aku jadi si C tu, aku tak terima menantu aku orang sabah. nanti susah anak aku nak balik beraya. nak kena naik kapal terbang fly sana sini. dah tu kerja kapal pulak. kesian anak aku kena tinggal sampai 6 bulan. mas kahwin depa berapa ribu?
B: mas kahwin rasanya RM80 ja kut. Hantaran pun tak mahal sangat. Banyak bagi coklat langkawi ja.
A: RM80 ja? Murah beno. Anak sulung aku dulu kahwin mas kahwin dia RM 12000. Tak boleh challenge anak aku lagi walaupun menantu aku tu kerja tukang kebun ja. bla..bla..bla..
Haaa, agaknya macam ni la gosip boleh tersebar. Sambil dok kunyah nasi minyak, boleh pulak cerita luar dalam anak menantu orang lain. Naik bernanah telinga Akmal ni dengar. Nak makan pun tak senang. Lantak la menantu dia kerja apa, asal dari mana, naik kereta apa, gaji berapa ribu, mas kahwin berapa ringgit. sibuk jaa nak cerita perihal orang lain. Takkan nak ambik menantu yang sebelah rumah ja kot -.- Tak feel la nak balik kampung. Tak da chance la nak gaduh ngan hubby bila nak balik beraya. Raya dua kali setahun ja pun. So, gaduh pun dua kali setahun je la. Bini merajuk pun dua kali setahun jugak la. hahaha..
Dah la duk komen anak menantu orang. Tak sama tinggi la. Sorang kurus sorang gemuk la. Sorang putih sorang gelap la. Anak dia handsome, menantu tak comel la. Allah dah tentukan tu jodoh dia, terima ja la. Itu la namanya, saling melengkapi. Sorang tinggi sorang rendah. Sorang gelap sorang putih. Sorang kurus sorang gemuk. Sorang hidung kembang, sorang hidung kemek. Sweet bukan?
Yang paling tak best, bila dah habis makan, sibuk nak masuk dalam rumah pengantin sebab nak tengok bilik pengantin. Apa yang best sangat masuk bilik pengantin? Bagi Akmal, biasa ja bilik pengantin tu. Bezanya, bilik tu dah dihias lawa-lawa dengan cadar baru, siap ada aroma tambahan. Benda macam tu pun boleh ja hias kat bilik sendiri. Dah tu, bilik pengantin bukannya besar macam padang sekolah sampaikan semua orang berebut nak masuk. Berasak-asak nak masuk. Bertambah-tambah tak bestnya, bila telinga ni dengar ada orang komen bilik ni patut cat warna itu la, tirai kena buat macam ni la, sudut katil tak sesuai la, cadar tak matching dengan tirai la apa la. Banyak songeh betul. Padahal dia tu tetamu yang tuan rumah jemput mulut ja. Tak dapat kad pun. Sibuk ja nak kritik macam-macam. Rasa macam nak backhand ja orang macam ni. Biar berterabur gigi.
Banyak lagi laa yang Akmal dengar. Macam-macam ragam pulak tu. Baling mercun time kenduri laa. Tapi best gak benda tu. Habis melatah orang-orang tua. Nasib baik tak tercekik gigi palsu. Yang melatah sampai tampar orang sebelah pun ada. Kesian betul. Tapi sekarang ramai yang buat kenduri kat dewan. Maybe sebab senang, tak payah kemas rumah.
Kenduri Akmal nanti, takmau buat kat dewan la. Nak buat kat rumah ja. Baru best nak gotong-royong. Pastu nak kunci bilik pengantin. Takmau bagi tetamu masuk tengok. Sibuk ja nak tengok bilik orang -.-" Pergi hias sendiri laa. Hantaran pun nak simpan dalam bilik. Tak yah tengok Akmal punya "coklat langkawi". Penyibuk betul.
Chaww. Kbabaiii..
|

Le' Owner!
Al kisah seorang hamba Allah yang dilahirkan pada 21 Februari 1997 yang bernama Asyrahtul Akmal. Anak kelahiran Kedah ini merupakan anak kedua daripada tiga beradik buat pasangan bahagia yang bernama Badariah dan Abd Rahman. Lebih manja dengan panggilan Syatul tetapi suka membahasakan diri dengan panggilan Akmal.
Seorang yang mempunyai ketinggian 160 cm *tak pasti* dan berat 50 kg *agaknya*. Gemar aktiviti lasak dan paling suka aktiviti menembak termasuk "menembak" semasa exam. Akmal seorang yang obses dengan sneaker, haiwan berbulu yang comel, colourful socks, jam tangan tidak berdigit dan tudung. Obses jugak dengan anak patung berbentuk kura-kura tapi tak suka teddy bear dan anak patung yang lain. Macam gugurll sangat. Favourite colour? Ikut mood la kot.Tak suka ikut trend sangat. Lebih suka bergaya ikut trend sendiri. "Suka hati laa nak pakai apa pun. Bukannya kacau duit orang lain."
Suka makan jajan walaupun allergic dengan jajan. Tak suka makan ubat or vitamin or whatever supplement yang kononnya menyihatkan dan cantikkan kulit dan blablabla. Memang tak makan udang, ketam, daging kambing, kerbau, arnab dan burung. Suka makan sayur hijau dan tomato. Tak suka makan sayur yang bukan sayur hijau. Entah kenapa. Tomyam pun tak makan jugak. Sebab tu kawan Akmal suka kata Akmal ni "lifeless". Suka baca komik romantik komedi jepun dan novel. Kalau stress, suka tengok video Mat Luthfi atau tidur atau tengok movie yang sedih-sedih atau menangis betul-betul. Tak suka jaga kesihatan diri tapi suka jaga kesihatan kuku. Pelik?
Seorangg yang degil, keras kepala, lebih suka berterus terang dengan pendapat sendiri, cengeng, banyak cakap, banyak tanya, kekadang hati keras, kekadang hati lembut, tak tahu memujuk, ego, tak suka ambil tahu pasal orang lain sebab benda tu tak penting pun. Lagiii, suka langgar peraturan. Tak kisah la peraturan jalan raya ka peraturan sekolah ka peraturan asrama ka. Asalkan peraturan. Suka main game. Tak suka suasana yang bising. Seorang yang setia dan tiada keyakinan diri. Macam lalang. Senang untuk berubah pendirian. Suka masuk dalam kedai sneaker atau kedai jam atau kedai yang menjual bahan pastri atau watson atau kedai buku atau soxworld *kedai stoking*. Bukan seorang yang kreatif. Tangan cap kayu! Keras kongg bak kata tok. Seorang yang sangat tepati masa dan berpegang pada janji. Tak suka kerja bertangguh.
Bercita-cita untuk jadi seorang jurutera kimia. Bercita-cita jugak untuk transform kereta kelisa milik ayahnya menjadi mini cooper. Tak suka drive kereta tapi terpaksa ambil lesen kereta. Agak berminat dengan kereta. Suka dengan kelajuan sebab suka bawa motor dengan kelajuan minima 90km/j.
Akhir sekali, seorang yang pentingkan keluarga dan sahabat. Sangat sayangkan orang disekeliling walaupun baru kenal kecuali orang yang memang betul-betul tak kenal. Okay. Sampai sini saja kot. Selebihnya, cari sendiri laa. Sudi-sudikanlah untuk follow blog Akmal.ID Wechat : the-akmal // Ask.fm : http://ask.fm/Akmallaaa
|
Tralala
Trying to be anyone else is a waste of the person you are. Be yourself. Embrace that individual inside you that has ideas, strengths and beauty like no one else. Be the person you know yourself to be – the best version of you – on your terms. Above all, be true to YOU, and if you cannot put your heart in it, take yourself out of it.
|
hahaha jangan marah-marah naa Akmal xD Tapii mmg setuju sangat. Biasa ahh tu
masa wedding i dulu buat sekali dgn adik.Tapi kitaorg dua2 pendek.Laki kitaorg tinggi la gak.tak taula kalo ada orag kata.itupun puas pakai heel 5 inci nak bg nampak sama tinggi.huhu.
hm..buat kat dewan sbb tak berani buat kat rumah.Banyak kes org luar masuk rumah curi barang masa kenduri.mcm tak secure je.dependsla.buat kat umah pun ok je sbnarnya.cuma hati2
lawak lah bca cerita akmal ni ,dari mula smpai hbis ta larat nk gelak...kenduri mng mcm tu akmal ,buat malu kaum hawa ja...yg pnting Ninie bukan mcm tu la yer ,mntk simpang bnyk-2 :( :)
haha. tak la marah sangat. geram sikit ja. dah la perut tengah lapar. haehh. hilang mood je. hihi
alaaaaa, sweet la kak kalau wife lagi pendek dr hubby. seriously, akmal suka tengok pasangan camni. comel apaaa. akmal pun ada jugak dengar pasal kes curi barang hantaran. sbb tu la akmal nak simpan dlm bilik pastu knci pintu. hihi
hehe. akmal geram sikit je. takpa. janji kita sama-2 tak buat perangai macam tu. in shaa Allah :)
Post a Comment