ONLY TEARS


  • Free your heart from hatred
  • Free your mind from worries
  • Live simply
  • Give more
  • Expect less
    Instagram : PERFECCIONAR
    Wechat : the-akmal
    Facebook : Asyrahtul Akmal









  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Owner: Akmal
  • New leaf.
    2015/06/05 | 2 Comments
    assalamualaikum w.b.t

    haaiiiiiiiii :D

    dah dua minggu akmal jadi warga kmtk. perghhh. bangga tahap gaban. akmal bukan lagi budak bakery yang dah berhenti kerja dan mereput kat rumah. no no no. akmal dah bergelar 'student of kmtk'. poyo kan? mohon bagi tapak kaki. hahahaha

    first day daftar tu, nervous gak ah. macam macam anasir negatif  berbisik kat tepi telinga. tapi akmal tepis semua tu dengan jayanya. cuba jugak untuk positif. tak baik bersangka buruk, kan?

    akmal punya bilik dekat tingkat duaaaaaa. goshhh. penat gila ah. nak mendaki 48 anak tangga. habis segala lemak yang akmal dah bela dan belai dengan penuh kasih sayang. itu baru anak tangga kat kolej kediaman. belum lagi kat blok akademik. haaaa. naik turun tangga sana sini. terkejar kejar nak ke bilik itu bilik ini dewan kuliah bagai. dah la akmal tak hafal lagi peta kat kmtk ni. hahahaha. so,memang susah ah bila nak cari bilik tutoran la lab la dewan kuliah la. bilik tutoran saja ada sampai 20 lebih. dewan kuliah pulak ada berapa entah. so, sangat penat la sejak jadi student ni. sabar je la.

    akmal punya ahli dorm ada empat org je. it supposed to be 6 person in each dorm. tapi entah la kenapa empat je. ada je dorm yg lima orang. and guess what. akmal jadi ketua dorm. goshhh. nak kena jaga anak buah yg tiga orang nih. dah la akmal pun tak berapa nak betul sangat. dormmates pun semua sekepala ja. awal awal lagi dah langgar peraturan kolej kediaman. hahahahaha


    masing masing dari terengganu, klang and penang. tapi yg dari klang tu cakap guna loghat kelate sbb dia asal sana. dalam dorm akmal ni memang banyak loghat ah. hahahaha. masing masing okay je. okay sangat sangat. 

    akmal sorang je course mechanical engineering dalam dorm ni. yang lain semua civil engineering. huaaaaa. but it is okayy. akmal special and #specialisawesome hahahahaha.

    minggu orentasi tu okay laa.cuma penat sikit la sbb kena bangun awal la apa la. kekadang tu tak sempat makan pun. ada dua hari tu akmal tak makan nasi pun. makan roti je sbb nak cepat kan. memang kurus la akmal lepas ni. hahahaha. bila akmal cerita kat ibu yang akmal tak sempat makan nasi, mula la machine gun nak lepaskan bullets tanpa henti. normal la tu. ibu bebel sebab sayang. cewah!

    and minggu ni dah start kuliah. tak sepenat minggu orentasi sebab boleh bangun subuh pukul 6. kalau orentasi, pukul 4.30 pagi dah kena bangun mandi bagai. kuliah best je sebab lecturer semua sporting. kaunselor pun sporting giler giler. lecturer kat sini memang baik ah. buatkan kami semua rasa mcm family but still kena hormat each other la. 

    actually, life kat sini macam life kat asrama sekolah dulu. masuk kuliah pukul lapan. rehat pukul 1-2 p.m. pukul 4 baru boleh masuk dalam kolej kediaman. tapi waktu rehat tengah hari tu memang tak sempat nak lunch ah. akmal selalu beli roti je nak alas perut sebab nak solat zohor jemaah kat surau lagi. kekadang tu tengah rush nak ke dewan kuliah pun boleh duk kunyah roti lagi sbb nak cepat. tak sempat hadam pun makanan tu. so, kena bijak bahagi masa la. 

    akmal cuba untuk aktifkan diri kat sini. sekarang ni akmal tengah dalam mood interview untuk jadi ahli PRD. prd stands for pembimbing rakan dinamik. lebih kurang macam prs la. akmal dah lepas interview yang pertama. tengah tunggu interview yang kedua pulak. nervous. fuhh. 

    baru baru ni ada pemilihan untuk volleyball player untuk wakil kolej tapi akmal tak pi pun. dah la nama ada kat lecturer tu. hahahaha. cari nahas betul. alaaa. akmal malas la nak join volleyball. baru nak bajet kulit putih. sunburn kat muka ni tak hilang pun lagi dari kawad kadet polis tahun lepas. lambat betul nak hilang. hahahaha. dak ah. tu alasan sampingan je. alasan yg sebenar benarnya, akmal malas nak join la sejak mula pakai spek mata secara tetap ni. susah nak main. tapi akmal nak cuba untuk acara lompat jauh and kijang ah. acara favourite tu. 

    yang paling best, pembelajaran kat sini memang betul betul guna teknologi. memang wajib ada smartphone and email. sebab apa? sebab nota pai pun lecturer bagi melalui pdf. dia bluetooth dari lappy dia masuk ke phone students. my first muet assignment for the first week pulak kena buat introduction about ourself via self video and send through whatsapp kat number lecturer tu. fuyoooo. akmal nak kena buat self video wehhhh. haku dah la tak reti nak bervideo bagai. malu. ihiks. hahahaha. gediks je akmal. lepas tu, nota kimia pulak copy paste masuk pendrive ja. pepandai la print sendiri. hambek kauuu! saya sangat berbangga menjadi salah seorang dari gen-y. huahuahua.

    ermm. 9 weeks left sebelum ujian pertengahan semester. 9 minggu tu kejap jeeee. risau. takut. gelisah. semua hado.  

    kbabaiii

    chiao.

    Blogger Aziani Din said...

    gud luck dik.. :)

     
    Blogger Nurulee said...

    wish you all the best =D

     

    Post a Comment