ONLY TEARS


  • Free your heart from hatred
  • Free your mind from worries
  • Live simply
  • Give more
  • Expect less
    Instagram : PERFECCIONAR
    Wechat : the-akmal
    Facebook : Asyrahtul Akmal









  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Owner: Akmal
  • Them.
    2014/12/05 | 0 Comments
    Assalamualaikum w.b.t

    Hai :) What's up? So, it is almost 8 days I didn't meet with my friends since habis spm. Masa 2 disember haritu ada jugak Qurratu and Atikah ajak pi sekolah sebab nak jumpa bebudak ICT. Depa baru freedom haritu. Their last paper. Tapi Akmal tak pi. Boleh pulak Atikah buat Akmal jelous dengan post gambar kat moment wechat -.-" selpiaqq kat bendang depan rumah wani. hmm. hmm. Mana jealous ponnnnn tikah oiiiii. Kalau Akmal rindu kat depa pun, chat melalui whatsapp je la. Merapu dalam group whatsapp tak sama dengan merapu dalam kelas. Perasaan dia lain. Kalau merapu dalam kelas, nampak ekspresi muka masing-masing, dalam whatsapp tak nampak. Hmm. Rindu.


    Here you are :) Sepanjang 5 tahun Akmal bersekolah menengah, banyak betul memori yang tercipta. Dalam tempoh 5 tahun, 3 kali Akmal pindah tukar ke 3 buah sekolah. So, apa yang Akmal dapat daripada kawan-kawan Akmal, semua Akmal simpan dalam kotak karut nih. Bukan kasut, tapi karut. Ada buku merah asrama Ibrahim, buku keluar masuk SMS Tuanku Syed Putra, hadiah-hadiah yang Akmal dapat masa nak pindah, hadiah birthday, cards and so on... Kalau Akmal rindu, Akmal belek balik isi kotak karut nih. Kekadang tu sampai teqiak sebab rindu sangat. kuikuikui. 


    This is Matlin. Nama sebenar, Azlin Syafinaz. Akmal pun taktau kenapa orang panggil dia Matlin. Maybe sebab muka dia garang? hahaha. Muka ja garang. Dalam hati ada taman wa cakap sama lu. Akmal kenal dia nih masa form 3. Masa tu Akmal baru pindah ke sekolah baru. Matlin nih pandai, baik, dia suka nyanyi, buat lawak yang pelik dengan muka selamba dia tu. Akmal suka kawan ngan dia. Masa form 4, Akmal dapat tawaran SBP. Dia cakap, "Aku suruh hang pergi, tapi aku tak redha." hahaha. Dia cakap macam tu sebab kalau Akmal pindah, sapa nak duduk sebelah dia dalam kelas? hmmm. Akmal tau dia akan rindukan Akmal. Ceh, puihh. Pewasantan. Dan kelmarin, tengah rancak whatsapp ngan Matlin, tetiba dia screenshot satu sms yang dia dapat. Akmal baca dan Akmal tak percaya. Baca seklali lagi dan lagi dan lagi sampai naik juling mata ni. Matlin dapat tawaran ke belajar ke Amerika. 9 disember ni dia kena pi interview kat jauhhoorrr Johor. Okay. Matlin, aku jeles, sedih and on the same time aku gembira dan bangga dengan hang. Good luck. Lepas ni, aku kena speaking je la ngan hang. Kalau jumpa hang nanti, tak leh ajak hang cecah pelam dengan belacan dah la. hahaha. 


    Ni Atikah. Dia ni antara budak yang paling pelik yang Akmal pernah jumpa. Mana tak nya, cikgu nak homework minggu depan, minggu depan jugak la dia baru buat. Bukan buat kat rumah. Tapi dia siapkan dalam kelas beberapa jam sebelum nak hantar kat cikgu. Thats mean, dia buat homework lain masa subjek lain. Tak kantoi pulak ngan cikgu. 'Pelindung' dia ni hebat betul. Atikah sangat sangat sangat sangat sangat sangat suka makan makanan yang pedas dan masam. Hampir setiap hari dia akan order air yang masam, makanan yang pedas. Orang cakap, makan masam banyak-banyak nanti tak pandai. Tapi budak ni bijak ja Akmal tengok -.- Setiap kali exam, dia akan conquer no 1 dalam kelas. fuhhh. Akmal pun kalah! Akmal suka merapu dengan Tikah. Garu-garu lutut dia. hahaha. Kacau dia buat kerja. Citarasa kami tak pernah sama. Bila Akmal kata lelaki A hensem, dia kata lelaki B lagi hensem. Bila Akmal kata lelaki C hensem, dia kata lelaki D hensem. Tak pernah sejiwa. Sampai la satu hari, Akmal suruh dia tengok cerita Diary ng Panget. Akmal suruh dia usya hero cita tu. Hah! For the first time citarasa kami bersatu. 

    ft. wani

    Tudung cekelat tu, Hazwani. Jiran Akmal dalam kelas. hahaha. Akmal and Atikah selalu jadi pelarian ke rumah Wani. Dah wani ajak. Wani selalu ajar Akmal add math. Akmal pulak ajar dia math mod. hmm. Kami saling melengkapi. euww. haha. Pakwe Wani, nama dia Aiman. Lovebirds ni dah banyak tolong Akmal. Tolong buat macam-macam. Tolong jernihkan balik hubungan Akmal dengan Ee. Nasib baik ada lovebirds ni. Kalau tidak, mesti sampai sekarang Ee ingat Akmal salah. Lovebirds ni sangatlah sweet. Nanti Aiman pi PLKN, mesti wani tanggung rindu banyak-banyak. hahaha. Bila Akmal bawak kek ke sekolah, lovebirds ni yang selalu habiskan. ermmm.. Semoga berkekalan. Wani, cepat-cepat la kahwen ngan aiman. Bagi aku anak sedara yang ramai dan comel. hahaha


    ft. adila a.k.a adell
    ft. qurratu
             

    Adila and Qurratu. Dua-dua orang nih, kalau sehari tak sakat Akmal memang tak sah! Adila suka buat 'geli mat' kat Akmal. Dia tahu Akmal sensitif bila ada orang touch Akmal. Lagi dia nak usik. Dengan sengajanya dia pegang bahu Akmal, cuit pinggang, main-main kat telinga -.-"Dia suka Akmal bergeliang-geliut tahan geli. Adila pernah cakap, "macam mana la hang ngan laki hang nanti. Kesian laki hang." Kuwahajo -.-" hahaha. Qurratu pulak, Akmal suka share pasal crush dengan dia. hahaha. Dia ada banyak crush kat sekolah. Tapi Akmal ada satu crush ja itu pun bukan kat sekolah. One day, Akmal dapat tahu yang crush dah nak kahwen. So, I told her. Dia punya la terkezut mengalahkan Akmal. Haeshhh. Dia cakap, "aku simpati ngan hang weh. Dah la hang baru crush kat dia tahun ni. tengok-tengok dia dah nak kahwen." Hahaha. Rileks la. Crush dah jabat tangan ngan tok kadi nanti, Akmal tukar la crush baru. kehkehkeh. 
      
    ft. munir
    ft. syazwan
                 

    Akmal suka cari pasal dengan Munir dan Syazwan. Munir tak sangat la sebab dia baik sikit. Munir suka buat kelakauuu. Kelakauuu dia tu spontan dan sangat kelakauuu. Syazwan lain pulak. Lawak dia kasar. Dia buat lawak kasar dengan Akmal, Akmal pun kasar jugak la dengan dia. Dia yang cari pasal dulu. Dia suka panggil Akmal "sayang". Entah bila Akmal sayang kat dia pun tak tahu la. Pastu dok kata Akmal ni bini dia. pleaseeee~~ -.- geli kayy geli. Akmal tahu niat dia nak melawak. Tapi dia buat lawak tak kena masa. Akmal nak menggedik pun ada masa tertentu. Tapi dia selalu buat "lawak" bukan pada "masa tertentu" tu. Ada sekali tu, Akmal pukul dia dengan penyapu. haaaa, buat lawak gedik lagi. Penyapu makannyerr. Masa jamuan kelas haritu, Akmal dah nak balik. Akmal sempat pijak kaki dia dengan sengaja. hahaha. puas hati.


    Mamat handsome ni, nama dia Faris. Kawan baru Akmal. Dia mula menjejakkan kaki ke sekolah baru awal bulan Januari tapi Faris kelas 5SC1. Budak pandaii. Tapi Akmal kenal dia sebelum tu lagi. Bulan disember 2013 saat pertemuan kami. Mula bertentang mata pertama kalinya di tempat ambil lesen. Akmal panggil dia, "bewak" dan dia panggil Akmal "jebon". He is my one and only bewak. Faris ni sangat handsome sampai satu sekolah kenal dia sehinggakan bebudak sesi petang pun kenal dia. Ramai budak perempuan yang minat kat dia sebab dia handsome. Tak termasuk Akmal. Ishh.. Ramai sangat la yang minat kat dia. Sampai ada adik form 1 tu pernah suruh Akmal sampaikan salam kat dia. Kenapa tak kirim salam sendiri ntah -.-" Akmal sangat suka buat lawak loqlaq dengan dia sebab dia pun loqlaq. Dia suka beli cheese tarts dan kek cheese from ibu. Bewak nih gila cheese -.- He counseled me a lot! Sesuai sangat dengan cita-cita dia yang nak jadi kaunselor. Faris cakap, Akmal kawan pertama dia kat sini tapi Akmal tak pernah selfieee ngan dia punnnn!! Dude, we have been friend for almost a year! Tak aci. Okay, salah Akmal balik. Haritu dia ajak Akmal selfie ngan dia, tapi Akmal tak mahu, atas alasan malu :3 Memang Akmal malu punnn >///< Masa awal tahun, Akmal digosipkan dengan Faris =.=" Cuma sebab Akmal kenal dia masa kat tempat lesen. haeshhh. Kesian Faris. Tak pasal-pasal digosipkan dengan Akmal yang tak comel nih. Maaf la Faris yerr.. Aku pun tak minta benda camni jadi T_T


    Sir Zamier with the nation of 5SC2

    Kalau Akmal nak describe 31 orang students dalam kelas, sampai esok malam pun tak habis. Secara jujurnya, Akmal akan rindukan bangsa 5SC2. Kelas tanpa kasut. Sebab bangsa 5SC2 suka jalan-jalan dalam kelas dengan berstoking. Tak pakai kasut. Sebab lantai kelas kami sentiasa bersih! Sebab tu la kami yakin untuk berjalan-jalan tanpa kasut.

     Akmal akan rindukan bonda tercinta iaitu cikgu Abisah. Cikgu sejarah merangkap guru kelas kami. Cikgu suka pangkah Aiman masa kelas sejarah. Cikgu Zati a.k.a Najwa Latif. Cikgu Add Math yang sangat sporting. Mama datin a.k.a Cikgu Rosna. Cikgu Math mod pebret Akmal. Mama rosna satu-satunya cikgu yang panggil Akmal dengan nama "Asyyyy". Cikgu-cikgu lain panggil Akmal dengan nama " Asyrahtul". Mama rosna tak larat laa tu nak sebut panjang-panjang. haha. Cikgu Mazlena merangkap cikgu kimia yang sangat tegas dan garang. Tak la garang mana pun. Cuma cikgu suka denda students dia yang failed kat dataran perhimpunan tingkatan 5. Alhamdulillah, Akmal tak pernah kena lagi la. Cikgu Mazlena cop Akmal dengan Atikah sebagai "kanak-kanak ribena" sebab kami selalu berebut masa nak ambil worksheet kimia. Tak lupa jugak dekat Ustazah Noranini. Walaupun ustazah jarang masuk dalam kelas sebab dia PK HEM. Kami agak bahagia bila ustazah tak masuk dalam kelas. Tipu sangat la kalau ada student yang sedih bila cikgu tak masuk kelas. kalau ada pun, itu semua drama swasta ja. puihh.

    Cikgu Zamri yang ajar BM. Dia suka sembang bohong masa dalam kelas.Tapi bohong-bohong dia pun, ada jugak lessons yang diterapkan. Ada jugak input utk kami buat karangan. hmm. input yang bohong untuk karangan yang bohong. haha. Sir Zamier yang ajar biology. Walaupun Akmal tak ambil biology, Akmal tetap suka sir zamier sebab dia comel. Ketinggian kami sama! (^^,) Akmal suka masuk kelas bio dia. Akmal akan dengar dia mengajar dengan sangat tekunnya dan 15 minit lepas tu, Akmal tidur. haha. Sir tak marah pun, sebab Akmal tak ambil bio :p Cikgu Helmi, cikgu fizik yang sangat disayangi. Akmal suka usya baju cikgu Helmi. Cikgu tak pernah pakai baju yang warna terang. Selalu warna pudar. Pink lembut, kuning lembut, biru lembut, semuanya lembut! Cikgu Helmi cikgu yang paling penyabar. Tak kira berapa puluh kali kami tanya soalan yang sama, dia akan jawab dengan penuh cool dan macho.Cikgu Shukri yang ajar Akmal ED. Cikgu Shukri cikgu yang paling santai pernah Akmal jumpa. Dia tak pernah pressure anak murid dia. Masa mengajar pun, dia banyak cerita pasal pengalaman dia masa sekolah dulu lah, zaman nak kahwin lah, masa dia kerja as an engineer lah, cita-cita nak buka kilang botol plastik lah. hahaha. betul! Dia yang cerita, dia teringin nak beli mesin yang boleh buat botol plastik. And the last one, Sir Shukor yang ajar kami BI. Kalau sir masuk, dia selalu suruh kami buat kerja sendiri. Dia bagi kerja pun sikit ja. Dia cakap, belajar english ni kena santai-santai ja. Just for fun. Hmmm. Ye la. Just for fun.

    Akmal akan rindukan bilik ED, tempat fav Akmal kat sekolah. Akmal suka masuk bilik tu. Rasa sangat tenang. Makmal fizik di mana Akmal boleh tidur dengan senang dan nyenyak, makmal kimia di mana semua orang tak dibenarkan tidur -.-" tak da sapa yang berani tidur dalam makmal kimia. Bilik wawasan, tempat di mana kami boleh main dengan mikrofon dan karoke. Court tenis, tempat gugurlllll main tuju kasut. Court volleyball, tempat main volleyball ofcourse and bla.. bla.. bla.. Akmal akan rindu kan kawan-kawan. Mata. Suara. Ekspresi muka. Cara jalan. Cara cakap. The way they coaxed me when I was sad. The way they make me laugh. Their silly jokes. Cara makan. Cara duduk masing-masing yang tersendiri. Macam-macam gaya. macam-macam perangai. Akmal akan rindukan semua! Akmal ni dah la cengeng. Bajet sado padahal hati macam papadom. Rapuh. Lepas ni, jumpa lagi pada bulan 3. Lepas tu, entah bila pulak nak jumpa. 

    O Allah. Thank you for everything! Thank you for every single things that happened in my life. Thank you for every single person that you send to colour my life. Thank you for sooo much love that I have. Thank you for where I am right now. You're the Mighty one.

    Salam sayang, Akmal.