ONLY TEARS


  • Free your heart from hatred
  • Free your mind from worries
  • Live simply
  • Give more
  • Expect less
    Instagram : PERFECCIONAR
    Wechat : the-akmal
    Facebook : Asyrahtul Akmal









  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Owner: Akmal
  • lessons.
    2014/06/13 | 0 Comments
    assalamualaikum w.b.t

    hai :) sihat? haha. soalan yang agak bengong. kebanyakkannya tengah demam bola sekarang. world cup. akmal tak minat langsung pasal bola sepak. tanya lah pemain apa yang join, dia dari pasukan mana, dia asal dari mana, blablabla.. akmal takkan mampu nak jawab. soalan tu lebih susah dari add math! akmal cuma tahu cristiano ronaldo and ronaldinho tapi depa join pasukan mana pun akmal tak tahu. muka pun akmal tak kenal. tahu nama ja. itu pun sebab orang selalu sebut. eh? depa ada ka dalam world cup? hahaha. world cup. world cup. world cup. maggie cup akmal tahu la -.-"


    hari ahad haritu, akmal balik kampung just for a day. balik pun sebab ada kenduri kat rumah sepupu abah. tak kenal sangat pun. cam muka ja. tapi susah nak ingat nama. sepupu abah sangat sangat sangat ramai. abah selalu tanya, "kakngah ingat dak blablabla..." erm. kadang-kadang ingat. kadang-kadang tak ingat. selalunya  tak kenal terus la. ramai gila doe. pahang la. selangor la. perlis la. kelantan la. terengganu. johor. melaka. penang. kedah. dan paling ramai kat perak. okay. penting untuk kenal semua keluarga sebelah abah. ada benefit untuk masa akan datang. initially, akmal takmau balik. akmal ada rraaaaaaammaaaaaii sepupu. masih kecil. comel. kuat menangis. suka gaduh. keras kepala. bukan sorang. bukan dua orang. bukan tiga orang. tapi 5-6 orang budak kecik yang akan mnangis dalam satu masa. akmal tak boleh hidup dlam keadaan macam ni -.- lepas kenduri, singgah umah tok. rest. solat. tidoq. haha. luckily, bukan semuanya balik, so bebudak kecik tu tadak la. aman hidup.

     sebelum balik, sempat makan pulut ikan masin. my pebret. sedap gila. lepastu, dengar ibu dok sembang ngan maklong and maklang. "jangan kawen ngan orang dari negeri sekian sekian sekian. itu ini itu ini. blablabla.." malas ambik port. pulut ikan masin ni lebih menggoda. suddenly maklong asked me, " kakngah nanti nak kawen ngan orang mana. orang negeri ni tak leh. orang negeri tu tak leh. kakngah nak orang mana." huh? tercekik pulut ==" akmal toleh tengok ibu. akmal sengih. sengih gatal. hahaha. rasa macam nak jawab, "bagi ibu la pilih." tapi tengah dok kunyah pulut. tak baik cakap waktu makan. menyembur. hahaha. gatal. apa nihh -.- soalan maklong tak mencabar. tanya laa apa formula momentum ka carbon compound ka composite price index ka. dah la nak trial lebih kurang sebulan lebih ja lagi. tapi tanya soalan kawen plak >///< malu la ceqq. before that, ibu ada tengok gambar on my fon. akmal buat derk je la. bukan ada rhsia apa pun. she checked it one by one. sampai kat satu gambar, she asked, "is he your boyfriend?" AHAHAHAHAHAHAHAHA. lawaknya soalan. no lahh. i don't have any boyfriend but i have sooo many boy-friends. come on. just a friend. nothing more than that. gila-gila punya kawan :3


    hari rabu pergi breakfast kat kopitiam alor setar. moi sup sajian wajib akmal kalau jejak kaki kat sini. cekodok, popia basah, keropok lekor. wahh. yummy. on the way nak balik, ibu and abah bertelagah pasal along punya motor rr. tak sependapat. along nak trade in rr kesayangan dia and tukar ngan lc model lama or 125 sebab dia memerlukan sebijik motor yang boleh bawak piza. dia buat part time sementara nak habis praktikal tahun ni. takkan nak hantar piza naik rr -.-" susah. ibu tak bagi along trade in. sayang katanya. ibu cakap, along ambik motor akmal yang akmal selalu guna untuk pi sekolah tu. akmal pulak pi sekolah naik rr. "ibu, are you serious? pi sekolah naik rr? pakai baju kurung?" "yaaa, i am serious." oyeahh. seronok la jugak kalau dapat bawak rr by myself. selama ni asyik jadi pembonceng ja. nak jugak rasa jadi penunggang. "tak payah. kakngah tak reti. ada clutch. susah." heyy -..- what men can do, women can do it as well! lelaki selalu sangat pandang selekeh kat perempuan. apa. ingat kami ni cikai sangat ka. erra fazira boleh aja bawak superbike -.- herhh. tak open minded. lastly, ibu terpaksa mengalah dengan along and abah. rr tu dah trade in dah pun. ganti dengan 125 kaler biru. masih ada clutch.

    then, masa balik tu, ibu singgah kat pasar nak beli ikan. akmal tak ikut pun. ramai orang. sesak. bising. tak suka. akmal pulak yang dok buat bising dalam kereta dengan adik sampai kena marah dengan along. like we careeee, ha? lagi  laa kami nak buat bising. few minutes later, ibu masuk dalam kereta. then, ibu cakap ada pakcik tu meninggal mengejut. tengah berdiri tetiba dia rebah. heart attack maybe. polis pun ada. see. janji Allah sentiasa tepat pada masanya. tak lewat sesaat mahupun awal sesaat. syarat nak mati tak semestinya kena duduk tepi kubur atau tengah tengok tv atau tengah tidor. pakcik tu tengah cari rezeki pun malaikat Izrael boleh cabut nyawa dia, apatah lagi yang tengah terkinja-kinja clubbing sana sini. taubat.



    kelmarin abah ajar akmal bawak kereta. before this, dah ramai kawan-kawan akmal yang ajak ambik lesen kereta tapi akmal tak mahu. susah. takut. akmal tak pandai nak anggar jarak dan agak tayar kereta tu macam mana. tapi depa tetap yakinkan akmal yang belajar driving ni senang lah apa lah. hmm. dah la haritu kena bebel ngan longzah sebab takmau belajar bawak kereta. tazkirah percuma 15 min -.-" abah ajar guna kelisa. kecik sikit. kalau guna preve, jahanam kereta tu. rupa-rupanya kelisa pun ada clutch! dah tu, napa tak bagi akmal belajar naik rr -.-" arghh. ketidakpuasanhati disitu. tak suka belajar bawak kereta. susah. nak break pun kena tekan clutch. nak start enjin pun tekan clutch. sikit-sikit clutch. clutch. clutch. benci. tu pun ada hati nak belajar rr. huh. akmal lagi rela naik motor biasa. baru belajar, masih tak cekap nak imbang kereta and baru belajar guna gear 1&2.

    harini jumaat. esok sabtu. lusa ahad. lusa sekolah bukak. kena pi sekolah. so, ahad ni nak bagi ibu pegang akmal punya fon. dah terlalu lalai. cuti ni tak study langsung. harapnya bila ibu dah pegang fon nanti akmal boleh fokus. bila ibu dah pegang fon nanti, akmal akan hiatus blog ni. hiatus sampai habis spm ~T_T~ dah ramai kawan-kawan akmal yang mintak akmal buat wechat, whatsapp, line whatsoever tapi akmal tak buat pun padahal ada jaa install apps tu dalam fon. tak bernafsu nak buat itu semua. akmal boleh agak, kalau akmal buat mesti lagi lalai. cukup laa ada account fb and blog nak dijaga. tu pun dah cukup melalaikan. nanti laa. lepas spm akmal beli simkad digi pastu akmal buat laa semua benda yg ada. hambek kau. nak sangat. haha. buka sekolah ni nak kena diet balik. cuti ni akmal banyak makan cheese. huiii. berat naik mendadak bhaii >o<

    kbabaiii.