ONLY TEARS


  • Free your heart from hatred
  • Free your mind from worries
  • Live simply
  • Give more
  • Expect less
    Instagram : PERFECCIONAR
    Wechat : the-akmal
    Facebook : Asyrahtul Akmal









  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Owner: Akmal
  • Azam 2014
    2014/01/04 | 2 Comments
    Assalamualaikum semua :)

    How are you? Well, Akmal dah jarang update dah sejak buka sekolah ni. Ibu dah tetapkan syarat kalau nak guna laptop. "Kalau nak blogging or Facebooking or blogwalking or apa-apa -ing lagi laa, cuma boleh online masa jumaat sabtu selama 2 jam sahaja!" ==" Akmal rasa macam aktiviti harian Akmal tersekat dan terhad. Tapi ibu buat semua tu untuk kebaikan Akmal jugak. Akmal ni mudah sangat leka. My mom knows me well.

    Dah masuk tahun baru kan? It's not too late for me to wish a happy new year, right? Happy new year, guys ^^, Bila cakap tentang tahun baru ni, mesti berkaitan dengan azam tahun baru. Perhimpunan kat sekolah hari tu pun Pengetua ada cakap pasal azam tahun baru lah, apa lah. Akmal punya azam? Apa ehh?

    Akmal rasa Akmal tak perlukan azam tahun baru lah. Akmal rasa macam mengarut ja kalau Akmal ada azam baru. Sebab azam-azam Akmal yang lepas tak tertunai pun rasanya. Awal-awal tahun tu, kemain lagi bersemangat dengan azam baru. Tapi bila dah pertengahan tahun, azam tu semakin dilupakan. That's whyy la Akmal tak perlukan azam tahun baru. Mengarut ja semua tu.

    Tapi Akmal rasa tahun ni Akmal perlukan azam yang super duper baru. For the sake of SPM! Tapi apa ehh? Hmmm..

    Pertama sekali, Akmal nak kurangkan tidur petang. Akmal suka sangat tidur petang sebab Akmal bosan dan tak tahu apa nak buat waktu petang. Tidur petang tak baik untuk kita, kannn? Rasanya, Akmal boleh kurangkan tidur petang sebab Akmal selalu sibuk dengan latihan kawad kaki kat sekolah. Kalau tak ada aktiviti pun, Akmal nak gunakan masa petang Akmal sebaik-baiknya. Siapkan homework ka, study dengan kawan-kawan ka.

    Kedua, Akmal dah tak nak main-main dalam kelas. Akmal nak fokus dengan apa yang cikgu ajar. Kalau tak faham, Akmal akan beranikan diri Akmal tanya dekat cikgu. Well, takda cikgu yang telan anak muridnya sendiri kan? Chaiyokk Akmal!

    Ketiga, Akmal nak banyakkan bermain pada waktu petang. Sir English Akmal cakap, kita kena beriadah pada waktu petang. Keluarkan peluh dalam badan tu. Baru otak cergas. Pergi sekolah pun tak mengantuk. Hmmmm. Akan ku cuba.

    Keempat, tak tangguhkan homework. Err, yang ni macam susah ja. Cikgu suka sangat bagi homework yang bertimbun dengan tempoh nak siapkan homework tu singkat pulak. Haehhh. Sokayy Akmal. You can do it! Homework ja pun. Bukannya buat rumah sebijik.

    Kelima, yakin dengan diri sendiri yang azam tahun 2014 ni dapat ditunaikan. Haaa, yang ni penting rasanya. Kehkehkeh. Akmal ni agak kekurangan keyakinan dalam diri. So, Akmal nak tanamkan sifat yakin dalam diri Akmal supaya Akmal yakin untuk buat apa-apa  ja yang Akmal rasa tak boleh buat. Kalau tak yakin, semua benda yang kita nak buat mesti susah menjadi, kan?

    Kalau Akmal nak list semua azam Akmal memang banyak laa. So, Akmal harap Akmal dapat tunaikan azam tahun baru Akmal ni. Jangan hot-hot chicken's poop sudah laa.

    Do what you can, with what you have, where you are. 

    Kbabaii.

    Labels: , , , , , ,

    Blogger shekechik said...

    good luck akmal..
    u can do it..

    yakin dgn azam 2014.. =)

     
    Blogger Asyrahtul Akmal said...

    Thanks kak :) Akmal akan cuba laksanakan azam tahun ni

     

    Post a Comment