ONLY TEARS


  • Free your heart from hatred
  • Free your mind from worries
  • Live simply
  • Give more
  • Expect less
    Instagram : PERFECCIONAR
    Wechat : the-akmal
    Facebook : Asyrahtul Akmal









  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Owner: Akmal
  • Firasat ibu
    2014/02/08 | 0 Comments
    Assalamualaikum semuaaa :)

    Harini Akmal masak untuk lunch. Apa? Ingat Akmal tak reti masak ke. Hmmm. Akmal boleh masak sikit-sikit aje. Kalau setakat masakan yang simple-simple tu, boleh lah gajahhh. Tapi masakan Akmal tak lah sesedap masakan ibu. Ibu masak sedap lagi.

    Harini ibu and abah kerja syif pagi. So, tinggal Akmal and adik aje kat rumah. Sebelum abah pergi kerja tadi, abah ada tanya nak beli lauk ke Akmal yang masakkan. So, I decide to cook by myself. Oh, kerajinan apakah yang merasuk diriku ini. Hahahaha! 

    Ada yang cakap, "Malulah kalau perempuan tak tahu masak." "Anak dara apa ni kalau nak masak pun tak tahu." "Perempuan tak tahu masak? Biar betik!" and so on... Biasanya kaum lelaki lah yang akan cakap macam ni. Diorang seolah-olah memperlekehkan perempuan yang tak tahu masak. Eleh... Bajet depa tahu sangat masak. Eh, heloooo! Kalau hangpa qeti sangat masak, tak payah nak bangga sangat la. Sebelum hangpa belajar masak, hangpa tak tahu pun nak bezakan periuk dengan kuali, kan kan kan? Basuh beras pun hancur. Masak nasi pun lembik.  Poyo ja lebih.

    Cakap pasal masak nasi, Akmal teringat kelmarin punya cerita. Ekekekeke. Kelmarin ibu suruh Akmal masak nasi. Akmal pun pergi laa terkedek-kedek ke dapur untuk masak nasi. Lepas siap basuh beras apa semua, Akmal lap bontot periuk yang basah tu. Periuk nasi elektrik kan kena lap dulu bontot dia sebelum masukkan ke tempat *apa nama ntah*. Kalau tak lap dulu, nanti periuk eletrik tu rosak. Akmal pasang switch on plague periuk nasi tu. Pastu Akmal blah dari dapur, pergi tengok tv. Ibu tanya, "Api nasi dah pasang elok ka?" Akmal hairan. "Api nasi? Memang la pasang elok dah. Kan guna periuk eletrik, bukan guna periuk api pun." Dengan yakinnya Akmal menjawab. Hohohoho...

    Seketika kemudian, ibu panggil Akmal dari dapur. Alamak! Suara ibu macam tengah bengang ja. Akmal ada buat salah apa-apa ka? I'm so dead. Akmal cepat-cepat lari ke dapur. "Mai sini. Pi tengok jadi apa kat nasi." Dengan bendulnya, Akmal buka penutup periuk nasi. Aikk? Kenapa jadi beras lagi ni? Air beras ni pun tak kering-kering lagi. "Kan? Ibu dah tanya tadi, api nasi pasang elok dah ka. Kakngah kata pasang elok dah. Padahal Kakngah tak tekan pun dia punya suis. Ibu dah agak dah. Firasat ibu dok kata yang kakngah lupa nak tekan kat situ." Ibu cakap sambil tunjuk ke arah button "rice cooking" dan "keep warm". Baru Akmal perasan! Akmal lupa nak tekan button "keep warm" kepada "rice cooking"! Patut pun laa air beras tu tak kering langsung. Ceh!


    Hunch and instinct of a mother's heart is always right

    Kbabaiii.