ONLY TEARS


  • Free your heart from hatred
  • Free your mind from worries
  • Live simply
  • Give more
  • Expect less
    Instagram : PERFECCIONAR
    Wechat : the-akmal
    Facebook : Asyrahtul Akmal









  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Owner: Akmal
  • When I was a kid...
    2014/01/15 | 2 Comments

    Assalamualaikum readers :)

    Again. Akmal blogging secara haram harini. Ekekeke. Entah kenapa, Akmal tak sabo-sabo nak tunggu hujung minggu semata-mata nak blogging. Disebabkan "tak sabo-sabo" tu lahh Akmal blogging dengan haramnya.

    Harini Akmal terasa nak update pasal Akmal punya zaman hingusan yang sangatlah cemerlang, gemilang dan terbilang! Haha. Seriously, bila Akmal teringat Akmal punya zaman kanak-kanak, Akmal rasa rindu. Rasa macam nak balik ke zaman kanak-kanak dan hentikan masa! Akmal tanak membesar :'( Akmal nak tetap jadi budak-budak.

    Masa Akmal kecik-kecik dulu, Akmal kurus sangat-sangat! Tersangatlah kurus. Nak habaq cemana pun ceq taktau lah. Memang kurus yang amat sangatlah! Sampaikan tokwan belah ibu panggil Akmal, "KECIK".  Hahaha. Nama tu melekat sampai sekarang. Cuma tokwan Akmal ja yang panggil Akmal Kecik, walaupun sekarang ni Akmal dah besar ==" Tapi Akmal suka. Rasa macam Akmal ni special sebab cousins Akmal yang lain tadak gelaran macam ni :D

    Akmal ada parut dekat dahi. Parut tu sebab Akmal jatuh longkang masa Akmal umur 4 tahun. Habis laa Akmal. Kurang dah hantaran RM2000. Ceshhh. Akmal tak kisah ponggg sebab parut tu terlindung dengan tudung. So, orang takkan perasan pun parut tu. Ceritanya begini. Pada satu petang yang aman dan harmoni, Akmal berbaju kurung bercorak bunga-bunga kecil berwarna kuning. Ibu dan makcik-makcik jiran nak makan jambu batu. Kebetulan, dekat rumah pengasuh Akmal ada pokok jambu batu yang dah berbuah. Pokok tu betul-betul tepi longkang yang dalamnya lebih kurang 2 kaki. Ibu cakap, "Kakngah tolong sambut buah jambu tu bila dia dah jatuh nanti tau." Akmal dengan taatnya menurut perintah. Akmal pun standby laa tepi pokok tu. Bila buah tu dah jatuh, Akmal pun dengan comelnya sambut buah tu. Tapi lagi double triple comel bila Akmal "landing" dalam longkang. Kepala Akmal tersagat dekat dinding longkang tu. Perghhh! Terbaik kate ngko! Berjahit jugak laa kepala Akmal masa tu. Maka, sejak itulahh parut ni melekat baik punyaa dekat dahi Akmal.

    Akmal suka makan buah cermai tumbuk dengan garam belacan! Perghhhhhhhhhh~! Yang ni memang terbaik lahh. Jiran Akmal ada tanam pokok cermai. Memang banyak la. Setiap petang, mesti ibu and kawan-kawan sejiran akan menyembang dekat depan rumah sambil buat cermai tumbuk ni. Masa tu, ada pangkin depan rumah jiran. Tempat tu memang jadi port ibu and da geng menyembang. Kadang-kadang Akmal buat homework *tadika punya homework* dengan kawan-kawan.

    Tangkap pepatung dengan guna raket badminton. Pernah buat dak? Best siot! Orang lain guna raket untuk main badminton, tapi Akmal and friends guna untuk tangkap pepatung. Lepas tu masukkan pepatung dalam balang or botol. 10 minit lepas tu, Akmal lepas pepatung tu sebab ibu cakap, "Kesian dekat pepatung tu. Nanti mak dia cari."

    Belajar naik basikal itu perkara biasa. Pergi tadika pun naik basikal sebab tadika belakang rumah ja. Tapi nakal punya pasal, Akmal pergi tadika ikut shortcut. Bila balik, ikut jalan jauh sebab nak pi kedai apek depan taman semata-mata nak beli chewing gum. Setiap petang, lepas balik tadika, Akmal akan pergi tusyen english. Pergi jalan kaki ja sebab tusyen tu buat kat rumah auntie india apa ntah nama dia.  Rumah dia selang berapa bijik rumah ja dari rumah Akmal. Paling best masa deepavali, Akmal pergi tusyen. Tup  tup, dapat makan tosai free! Hahaha. Lepas balik tusyen, Akmal terus campak bag dalam rumah lepastu pergi main tuju kasut / tin kat belakang rumah kawan Akmal. Kadang-kadang Akmal main ice water kat depan rumah. Kadang-kadang main police sentry. Kadang-kadang main aci ligan duduk. Banyak lagi lah!

    Akmal pernah panjat mesin padi! Akmal "melawat" mesin padi tu. Akmal duduk kat tempat driver, Akmal masuk dalam tempat padi. Habis satu mesin padi tu Akmal tawaf! Memang excited gila lahh dapat main dekat mesin padi tu. 

    Jakun setiap kali nampak kapal terbang, helikopter dan pelangi. Bila nampak kapal terbang or helikopter, mesti sibuk nak lambai tangan sambil menjerit "Hai". Macam laa abang pilot tu nampak ==" Bila nampak bulan pulak, mesti ingat yang bulan tu tengah ikut kita. Bila nampak bayang-bayang masa nak balik sekolah, mesti pakat dok lawan pijak bayang-bayang dengan kawan-kawan. Kononnya, bayang sapa yang kena pijak, dia dikira kalah. Alahaiii :)

    Semua ni Akmal rewind balik Akmal punya zaman hingusan masa Akmal umur 4-6 tahun. Bila teringat balik, baru la Akmal sedar betapa berharganya masa yang berlalu. Pahit manis kenangan, cukup berharga untuk kita. Baru Akmal sedar, betapa naifnya pemikiran seorang kanak-kanak. Mereka mempunyai hati yang cukup suci. Kejujuran dan keikhlasan yang membezakan antara dewasa dan kanak-kanak. Mungkin mereka tak cukup bijak untuk membezakan mana baik, mana buruk tetapi dalam persahabatan, merekalah juara. Mereka sangat jujur dan ikhlas dalam berkawan. Langsung tak mengenal makna perkataan "hipokrit".

    Tapi bebudak sekarang dah pandai guna gadget canggih-manggih. Cousin Akmal yang berumur 3 tahun pun dah pandai guna tablet tau! Agaknya, bayi yang bakal dilahirkan 10 tahun lagi mungkin tak tahu apa itu mesin padi. Pergi tadika pun dah ada bodyguard, naik limousin maybe! Sambil bawa gadget yang lebih canggih dari sekarang. Who knows, right.


     
    When I was 5y/o :) Tak secomel hangpaa


    When I was 6 y/o, I lipat my tudung like this and I smiled like this :D

    Children see magic because they look for it
    Kbabaiii

    Labels: , , ,

    Blogger nanalee caramelo said...

    Akmal, bila kita kecik, kita ndak jadi besar.
    bila kita besar kita terhengen nak jadi budak.
    kenapa?
    sebab kanak2 tiada memikirkan masalah.
    yang kanak2 tahu, bermain dan menggembirakan diri. kan?

     
    Blogger Asyrahtul Akmal said...

    Kan? Kanak-kanak tak pernah fikir tentang masalah pun. Act, dia tak tahu pun yang dia ada masalah. Bahagianya jadi seorang budak -.-

     

    Post a Comment