ONLY TEARS


  • Free your heart from hatred
  • Free your mind from worries
  • Live simply
  • Give more
  • Expect less
    Instagram : PERFECCIONAR
    Wechat : the-akmal
    Facebook : Asyrahtul Akmal









  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Owner: Akmal
  • Sama-sama nakal.
    2014/06/01 | 2 Comments
    Assalamualaikum w.b.t

    Kelmarin Akmal pergi kenduri kat Alor Setar. Kenduri kahwin Kak Ah, anak Mama. Actually, mama tu pengasuh along masa kami stayed in berek polis kat alor setar dulu. Mama tu dah macam family kami. Dah along panggil mama "mama", Akmal and adik pun panggil mama lah jugak.

    Lama tak jumpa mama. Sekadar berhubung dalam pesbuk. Setahun entah berapa kali kami berjumpa. Itu pun kalau ada any event. Ni pun nasib baik kak ah kawen, boleh jumpa. Along selalu jumpa mama sebab dia suka ronda kat alor setar. Ehemm. Jumpa marka sebenaqnya. Kebetulan rumah marka dia dekat ngan umah mama. Haha.

    Lepas makan, along ajak ibu ronda-ronda dalam kawasan berek, tengok rumah dulu, imbau kenangan masa kecik. Tak banyak perubahan sangat pun. Bila masuk dalam kawasan perumahan tu, rasa jalan tu macam kecikkkkk ja padahal masa zaman hingusan dulu rasa macam jalan tu besaq gedabak bapak ahh.

    Rumah yg Akmal pernah duduk dulu dah tak mcm dulu. Everything is different. Pangkin yang makcik-makcik jiran sebelah suka buat port gosip a.k.a tempat Akmal and friends lepak buat homeworks tadika dah tadak. Dekat pangkin tu laa, ibu dan geng makcik-makcik jiran sebelah suka dok buat cermai tumbuk dengan garam belacan. Perghhhhh. Pedas baq hiangg. Tapi nikmat gila. Lepak kat situ makan cermai tumbuk petang-petang sampai senja sampai banjir hidung.

    Then, dekat situ ada satu sungai tapi berpagar maybe sebab bahaya. Disebalik kawasan berpagar tu dulu ada banyak itik angsa. Akmal and da geng suka kacau itik ang ang tu sampai teriak sebab kena ligan. Haha. Padan muka. Gedik lagi. Dekat situ jugak ada satu titi yang hampir reput sepanjang 250m agaknya. Akmal and along selalu pi mengaji kat kampung sebelah setiap jumaat sabtu pagi and tengah hari and kami terpaksa ikut jalan titi tu. Dah la reput. Kecik gila saiz titi tu. Silap langkah, memang jatuh la dalam sungai.

    Rumah pengasuh Akmal cuma bertentangan ja dengan rumah kami. Cik misah. I still remember her name XD depan rumah cik misah ada pokok jambu batu yg dekat sangatt dengan longkang. Tetiba ibu cakap, "kakngah takmau pi panjat pokok tu ka?" Haha. Sebab buah dari pokok tu la dahi Akmal berparut sampai sekarang. Masa tu, Akmal 4tahun. Berbaju kurung bunga-bunga kecil kuning selipar tak ingat pulak kaler apa. Hahaha. Lewls. Petang tu, ibu and cik misah nak kait buah jambu tu. Ibu suruh akmal sambut buah tu. Dengan semangat berkobar-kobar, Akmal sambut buah tu and gedebuk! Akmal jatuh dalam longkang. Jatuh kepala dulu. Auchhh. Dahi terkoyak. Darah meleleh kena baju. Abah bawak pi jahit kat klinik. Entah berapa jarum pun tak tahu. Apa yang Akmal ingat, I cried like crazily. Pastu nurse tu bagi Akmal cekelat kopiko 3 bijik. Diam terus!

    Sadis. Bila nak sikat rambut, mesti nampak parut tu and teringat memori longkang dan buah jambu. Haha.

    Then, along bawak gi ronda kawasan surau and sebelah surau ada tadika. Along cakap, dulu-dulu dia suka redah parit tepi surau tu sampai ke parit tepi rumah. Punyalah nakal. Ibu cakap, "tau pun buas noh." Surau pun dah upgrade, tadika pun dah comel. Cat dengan warna kuning ada katun-katun. Masa tahun Akmal dulu, tadika tu cat putih kosong ja -.-" untungnya kanak-kanak sekarang.

    Jalan-jalan lagi. Sampai kat sebuah rumah, along cakap, dulu dia selalu tunggu van nak ke sekolah kat situ. Rumah kami lorong belakang sekali. Kalau dia tunggu van kat rumah, dia akan duduk dalam van kat tempat belakang. So, nak duduk depan punya pasal, dia sanggup lari dari rumah ke lorong depan. Mengada -.-" sampai sekolah seqopa tu jugak. Patut la masa nak pi tadika, dia dah lesap dulu. Haprak betoi.

    Padang bola, dewan badminton, tapak futsal simen merah pun still ada. Bezanya, saiz dia nampak kecik. Tak macam dulu, besaq. Kenapa simen merah? Sebab simen dia warna merah. Merah bata. Kalau main kat situ tak pakai kasut, mesti tapak kaki giler-giler punya merah. Pokok bunga matahari sebesar pinggan pyrex ibu pun dah takda.

    So many things to remeber. Bila teringat zaman hingusan dulu, rasa happy ja. Rajin buat honework walaupun masih tadika, semangat nak pi tadika walaupun cuma belajar ABC 123 main tanah liat, mewarna, melukis pasu bunga yang tak pernah jadi *sampai sekarang Akmal tak qeti lukis pasu bunga* . Tadak masalah nak difikirkan. Tak macam sekarang. Nak buat homework pun malas. Nak buka buku lagi la malas. Pergi sekolah pun sebab nak usha crush. Hehe. Tapi crush Akmal dah tak sekolah :3 pergi sekolah sebab subjek hari tu best. Astaghfirullahalazimm. Terpesong jauh.

    Andai dapat ku undurkan putaran dunia..

    Kbabaiii.

    Blogger cherry said...

    apo ni akak nak jumpa crush? hadoii xD hahaha

     
    Blogger Asyrahtul Akmal said...

    Mana adaaaa -.- akak punya crush mana sekolah dahh. Hahaha

     

    Post a Comment