ONLY TEARS


  • Free your heart from hatred
  • Free your mind from worries
  • Live simply
  • Give more
  • Expect less
    Instagram : PERFECCIONAR
    Wechat : the-akmal
    Facebook : Asyrahtul Akmal









  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Owner: Akmal
  • Hanyut.
    2014/06/04 | 2 Comments
    Assalamualaikum w.b.t. Hai alls :)

    So, how was your holidays setakat ni? Berjalan dengan lancar, right? Akmal tak. It sucks! Blleeeeeerrrrrgggghhhhhhhh~ *mcm lembu* Akmal nak cerita pengalaman harini. Kalau nak baca, dok situ diam-diam. Takmau baca pun takpa, tekan pangkah merah laju-laju. For those yang stay nak tahu apa and nak baca jugak, sila lah skip perenggan kedua nih. Annoying. Serious tak tipu.  Kalau nak baca jugak, lantak laa. Jangan menyesal sudah.

    Akmal baru habis kelas tambahan kat sekolah hari isnin haritu. Seronok :) Membantu Akmal yang sangat baloq liat untuk belajar dan ulangkaji. Sepatutnya cikgu buat sepanjang cuti ni. Biar kami bebudak form 5 tak payah cuti. Trial lagi 2 bulan, tak sedaq diri nak bercuti. Innaaaddeeyyy. Ppooooddaaaahhh cciiiiittt. Hahaha. Dan lately ni jugak, Akmal pening kepala sakit kepala semak kepala serabut kepala dengan kawad kawad kawad. Tak habis-habis KAWAD! For the past few days, my teacher keep calling me and keep asking about the march. Eh? Helooooo... Akmal cuma timbalan bendahari, hokehh. Tapi apahal cikgu asyik call Akmal and asked about the march? Kenapa tak bincang dengan pengerusi, ketua platun? Wadahellaaa. Ohh, lupaaaaa. "Kita satu kadet. Saling bantu membantu." Hmmm. Saling bantu membantu yeaaa.. *sinis*

    Lupakan. Hari isnin tu jugak pak ngah and his family balik kedah! Yeyeyeyeyeyeyy. Happy doee. Sepupu sepapat yang nakal dan comel balikk. Seronok buat gila-gila.  And semalam, kami planned nak berkelah kat titi hayun. Weuwww~ bawak nasi lemak yang ibu buat, bihun goreng yg makngah buat, roti gardenia, tuna, mayonis, kaya and whatsoever. Hahaha. Nasi lemak ibu lebih menggoda.

    Gugurlss yang ke titi hayun dulu. Boysss pulak kena ikut pakngah pergi bendang wan, tolong wan. Termasuk la bangla dua orang tu. Okay, bangla dua orang tu pakngah punya workers. Islam :) sebab Akmal tengok depa selalu berjemaah dengan wan. Tapi cakap pelat bangla depa laaaaaaaaa. Akmal paham sikit-sikit jaa. Adik beradik rupanyaa. Si adik tu hensemmm ^^, hidung mancung. Okay, dia la bangla pertama yang hensem yang Akmal pernah jumpak. Hahaha. Sengal hang Akmal. Tapi dia macam gatal jee. *erkk*

    Disebabkan kamii sampai dulu, kami la terjun dulu. About an hour later, kaum adam pun sampaiiii. Hah, apa lagi. Riuh laa kami. Enjoy punya enjoy punya enjoy, hujan turun rintik-rintik. Ceh, kisah apa. Dah basah dah pun. Mandi je laaa walaupun hujan. Then, ibu panggil naik. Tapi Akmal takmau naik lagi. Degil. Haha. Seronok wohh mandi air terjun waktu hujan. Air lajuuu. Haha. Punya la seronok sampai air makin laju. Hujan pun makin lebat.

    Tetiba, pakngah suruh kami semua naik. Seriously, air makin laju. Akmal cuba nak naik ke darat tapi air laju sangat. Air tolak Akmal sampaikan kaki Akmal tergelincir dan terlanggar kat batu besar. Akmal nak ke seberang, pergi dekat ibu. Tapi jauh sangat. Akmal lebih dekat dengan hutan. So, pakngah tarik Akmal, Utisy *darjah 5*, adik da *darjah 3* naik ke hutan. Sungguh air makin laju. Batu besar yang Akmal terlanggar tu pun dah tenggelam. Padahal batu tu betul-betul besar dari Akmal. Masyaa Allah. Allahu Akbar.

    So, yang survived masuk hutan cuma kami berempat. Pakngah cari jugak jalan keluar. Berjalan kaki dalam hutan tanpa selipar. Haha. Pengalaman baru. Alhamdulillah. Jumpa jugak jalan keluar. Lebih kurang 10 minit kami jalan dalam hutan. Pergi ja dekat ibu dekat makngah, terus depa pot pet pot pet pot pet. Mana tak nya. Akmal boleh pulak sengih tayang gigi. Padahal depa punya la risau. Adik Akmal yang sorang tu dah nangis-nangis, takut kehilangan kakak dia yang cun melecun nih. Haha. Alaa, hutan tu tak tebal sangat pun. Boleh jaa kawan dengan kera dalam hutan tu. Jadi tarzan :3 selipar fipper kesayangan Akmal hanyut dek air deras. Dah la Akmal beli dengan duit sendiri. 30 hinggit kau! Selipar hanyut boleh ganti baru. Nyawa yang hampir melayang mana boleh beli baru. Take a note, Akmal!

    Bersyukur kepada-Nya. Masih diberi peluang untuk hidup, untuk bertaubat. Itu laa. Degil sangat. Takmau dengar pesan ibu. Rasanya, termasuk kali ni Akmal dah banyak kali buat ibu cemas. Kesian ibu. Nasib baik Akmal terlanggar batu besar tu. Kalau tak ada batu besar tu, Akmal dah hanyut macam selipar Akmal. Subhanallah. Pengalaman baru. Sungguh.

    So, how do you feel, Akmal? Serik? Takut? Hahahahahaha. Opkrossss laaaaaaaaaaa TIDAK! Seronok lagi ada. Serious. Tak takut langsung.

    Nangis tak? Nyehhhh. Mesti la tak. Apa barang nangis-nangis weh. Jiwa mau kental.

    Ceh. Akmal cakap besar. Poyo ja. Macam mana kalau hang sesat sengsorang dalam hutan tu? Allah kan ada. Selagi kita percaya dengan Allah, Dia akan bantu kita. Takkan nak menangis? Deyy brader. Menangis takkan menyelesaikan masalah. Hmm. Maybe Akmal akan nangis kalau sesat sorang-sorang sebab menangis akan buat Akmal rasa lega sikit. Then, baru Akmal boleh fikir how to deal with it. Ini baru la dinamakan LIFE! Steady laa machaaaa. Hahahahahahaha.

    So, pesanan untuk readers and Akmal sendiri. Jangan degil dengan pesan ibu. Naluri keibuan mereka lebih kuat drpd kata hati kita sendiri. Jangan mandi kat mana-mana pun waktu hujan, tak kisah laa rintik-rintik pun. Terus naik ke darat! Kalau sesat dalam hutan, fikirkan usaha untuk keluar dan tawakkal kpd Allah. Insyaa Allah, Dia akan tolong kita.

    Ni video yang sempat ibu rakam masa atas titi hayun. Deras gila air dia ==" dah macam warna teh ais.

    Farewell my fipper kesayangan. Hang dah banyak berjasa melindungi kaki aku daripada tanah. Aku akan cari pengganti baru T^T

    Kbabaiiii.

    Blogger cherry said...

    goodluck ye akk untuk trial tu. buat betul2 hehhehe btw napa akk degi xnk dgn ckp ibu? why akk? huhuhuhuhuhuhu klu akk hilang camna? susah anis nanti T^T mmg deras air tu. ya Allah nasib baik akk selamat, Alhamdulillah :D

     
    Blogger Asyrahtul Akmal said...

    Bertubi-2 soalan anis. Haha. Yaaa, Insyaa Allah. Akak akan buat yg terbaij utk trial and spm jugakk. Akak memang degil laa :'( Alhamdulillah :)

     

    Post a Comment