Owner: Akmal
Lilin. Assalamualaikum.
straight to the point. pernah tak rasa "cari bila susah, pergi bila senang"?
akmal dah banyak kali dah experienced benda benda macam ni. kalau sikit sikit tu, boleh la sabar lagi kan. tapi bila dah kerap dilayan macam ni oleh orang yang sama, mana boleh tahan kan. rasa macam nak je cakap kat dia, "aku ni macam hang punya 'doktor'. cari bila 'sakit' je." tapi tak cakap pun sebab kawan rapat kan. nanti kecik pulak hati dia. takpe lah. sayang kawan punya pasal. jaga perasaan dia je. perasaan sendiri diabaikan.
bila hati dah mula tersinggung, mula lah nak merajuk tapi rajuk tu diam diam je. buktinya, kemain lagi dia cerita itu ini gedebuk gedebak pong pang pong pang sampai haus nak terkeluar anak tekak tapi kita dengar macam nak taknak je. just pasang telinga sebab nak jaga hati dia padahal word by word yang keluar dari mulut dia tu sebenarnya tak masuk langsung dalam telinga kita. kalau istilah "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri" kira okay lagi la sebab masuk jugak dalam telinga. tapi ini tak masuk dah. tetiba ja lubang telinga tu macam ada pintu kalis bunyi yang membuatkan kita langsung tak dengar apa yang dia cakap. dalam erti kata lain, langsung tak fokus.
on the bright side, rasa bangga la jugak sebab at least kita ni ada la jugak function dalam hidup dia. macam lilin. di cari tika gelap. tapi sampai bila nak jadi lilin? dah penat nak bakar perasaan sendiri. kesabaran manusia ada limit jugak.
but on the dark side, kita akan kena tinggal bila dia tengah happy. tambah pulak bila happy dia untuk jangka masa yang lama and sedih dia cuma untuk seketika. waktu dia sedih, dia mula cari kita. missed calls yang beratus dalam sehari daripada dia. berpuluh puluh sms dalam inbox dalam masa satu jam. berpuluh puluh voicenote dalam whatsapp semata mata nak cari kita untuk sesi aduan rakyat. tapi bila dia tengah bahagia, kita call pun dia reject. sms pun tak dilayan. whatsapp lagi lah. bluetick pun tidak padahal dah delivered pada jam 2.04 p.m. tapi dia punya last seen 8.39 p.m. pada hari yang sama. paling teruk bila dia tengah online tapi double tick tetap double tick. langsung tak bertukar bluetick. tahu apa maksudnya? you are nothing in his life. N.O.T.H.I.N.G.
abaikan dia untuk sementara waktu. abaikan whatsapp dia, call dia, everything daripada dia. tengok reaksi dia macam mana. kalau takde perubahan, tiba masa untuk back off. buat apa nak terhegeh hegeh tunggu macam tunggul kayu kan. tak penat ke tercongok untuk orang yang langsung tak ambil berat pasal kita? buang masa.
last words untuk orang species ni,
"who you think you are. dah hebat sangat ke hah."
ok bye.
|

Le' Owner!
Al kisah seorang hamba Allah yang dilahirkan pada 21 Februari 1997 yang bernama Asyrahtul Akmal. Anak kelahiran Kedah ini merupakan anak kedua daripada tiga beradik buat pasangan bahagia yang bernama Badariah dan Abd Rahman. Lebih manja dengan panggilan Syatul tetapi suka membahasakan diri dengan panggilan Akmal.
Seorang yang mempunyai ketinggian 160 cm *tak pasti* dan berat 50 kg *agaknya*. Gemar aktiviti lasak dan paling suka aktiviti menembak termasuk "menembak" semasa exam. Akmal seorang yang obses dengan sneaker, haiwan berbulu yang comel, colourful socks, jam tangan tidak berdigit dan tudung. Obses jugak dengan anak patung berbentuk kura-kura tapi tak suka teddy bear dan anak patung yang lain. Macam gugurll sangat. Favourite colour? Ikut mood la kot.Tak suka ikut trend sangat. Lebih suka bergaya ikut trend sendiri. "Suka hati laa nak pakai apa pun. Bukannya kacau duit orang lain."
Suka makan jajan walaupun allergic dengan jajan. Tak suka makan ubat or vitamin or whatever supplement yang kononnya menyihatkan dan cantikkan kulit dan blablabla. Memang tak makan udang, ketam, daging kambing, kerbau, arnab dan burung. Suka makan sayur hijau dan tomato. Tak suka makan sayur yang bukan sayur hijau. Entah kenapa. Tomyam pun tak makan jugak. Sebab tu kawan Akmal suka kata Akmal ni "lifeless". Suka baca komik romantik komedi jepun dan novel. Kalau stress, suka tengok video Mat Luthfi atau tidur atau tengok movie yang sedih-sedih atau menangis betul-betul. Tak suka jaga kesihatan diri tapi suka jaga kesihatan kuku. Pelik?
Seorangg yang degil, keras kepala, lebih suka berterus terang dengan pendapat sendiri, cengeng, banyak cakap, banyak tanya, kekadang hati keras, kekadang hati lembut, tak tahu memujuk, ego, tak suka ambil tahu pasal orang lain sebab benda tu tak penting pun. Lagiii, suka langgar peraturan. Tak kisah la peraturan jalan raya ka peraturan sekolah ka peraturan asrama ka. Asalkan peraturan. Suka main game. Tak suka suasana yang bising. Seorang yang setia dan tiada keyakinan diri. Macam lalang. Senang untuk berubah pendirian. Suka masuk dalam kedai sneaker atau kedai jam atau kedai yang menjual bahan pastri atau watson atau kedai buku atau soxworld *kedai stoking*. Bukan seorang yang kreatif. Tangan cap kayu! Keras kongg bak kata tok. Seorang yang sangat tepati masa dan berpegang pada janji. Tak suka kerja bertangguh.
Bercita-cita untuk jadi seorang jurutera kimia. Bercita-cita jugak untuk transform kereta kelisa milik ayahnya menjadi mini cooper. Tak suka drive kereta tapi terpaksa ambil lesen kereta. Agak berminat dengan kereta. Suka dengan kelajuan sebab suka bawa motor dengan kelajuan minima 90km/j.
Akhir sekali, seorang yang pentingkan keluarga dan sahabat. Sangat sayangkan orang disekeliling walaupun baru kenal kecuali orang yang memang betul-betul tak kenal. Okay. Sampai sini saja kot. Selebihnya, cari sendiri laa. Sudi-sudikanlah untuk follow blog Akmal.ID Wechat : the-akmal // Ask.fm : http://ask.fm/Akmallaaa
|
Tralala
Trying to be anyone else is a waste of the person you are. Be yourself. Embrace that individual inside you that has ideas, strengths and beauty like no one else. Be the person you know yourself to be – the best version of you – on your terms. Above all, be true to YOU, and if you cannot put your heart in it, take yourself out of it.
|
Post a Comment