ONLY TEARS


  • Free your heart from hatred
  • Free your mind from worries
  • Live simply
  • Give more
  • Expect less
    Instagram : PERFECCIONAR
    Wechat : the-akmal
    Facebook : Asyrahtul Akmal









  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Owner: Akmal
  • SPM 2014 pulak.
    2014/03/22 | 3 Comments
    Assalamualaikum alls :)

    Hari khamis haritu result SPM keluar, kannn? Haa, congrates for those yang dapat result yang cemerlang :) Tak terlambat lagi kann Akmal nak wish congratulation.

    My cousin, Kak Mira got 7A's and tak tau berapa B's. Tahniah. My kakak angkat, Kak Hanim got 6A's 4B's. Tahniah jugak. Kak Aisyah, kakak dorm Akmal dapat straight A's. Congratulation. And others. Congrates too :) Jangan sedih kalau result tak se'lurus' yang diharapkan. Mungkin Allah dah tetapkan rezeki kita kat tempat lain, who knows right? Bersyukur dengan apa yang ada walau tak semewah yang diharapkan. Insya Allah, Allah akan membalas semula dengan sesuatu yang lebih mewah daripada apa yang kita harapkan.

    Hmmm. Sekolah Akmal tahun ni cuma dua orang saja yang dapat straight A's. Last year, seramai tujuh orang. That's mean, tahun 2013 ada sedikit penurunan. Cikgu add math cakap, untuk SPM 2014 cikgu-cikgu semua target sepuluh orang dapat straight A's. Insya Allah, nama Akmal akan tersenarai dalam sepuluh orang yang cikgu target tu >_< Tapi Akmal tak mau janji untuk dapat straight A's. Janji tu hutang. Akmal tak mau berhutang. Akmal takut kalau Akmal tak dapat lunaskan hutang tu.

    Setiap kali ibu ngan abah tanya, "Kakngah nak bagi berapa A SPM nanti kat ibu ngan abah?" mesti Akmal jawab, "Tak janji. Target lima ja." Akmal jawab macam tu sebab Akmal takmau bagi harapan kat ibu ngan abah. Akmal takmau kecewakan ibu ngan abah. Orang sekeliling pun expect yang Akmal boleh dapat straight A's untuk SPM 2014. Oh-Em-Ji ==" Please laaaa...

    Akmal ada tengok berita TV3 malam Khamis haritu. Ada dua orang chinese girl yang buta tu dapat keputusan yang cemerlang. Depa dua orang betul-betul naikkan semangat Akmal untuk dapat 9A SPM nanti. Sejak tu, Akmal bisik dekat diri Akmal sendiri, "See, orang yang buta pun boleh cemerlang. Hang yang sempurna penglihatan walaupun rabun, takkan tak boleh dapat 9A kot. Malu laa weyy kalau tak hang tak dapat 9A." Akmal marahkan diri Akmal sebenarnya.

    Ada laa one day tu, Akmal pergi dengar ceramah motivasi. Motivator tu ada laa suruh tulis kat satu paper target untuk setiap subjek. Masa tu Akmal target 6A 3B. Bila Akmal tengok balik apa yang Akmal target, alahaiii. Tak cantiknya nombor yang Akmal target tu ==" "B" tu seriously rasa macam menyemak alam. Sakit mata Akmal tengok B tu. That's mean, Akmal kena jugak dapat 9A! Wajibal ghunnah 9A! Takdak istilah harus ka, sunnat ka, makruh ka. Wajib!

    Cikgu add math ada cakap, "Kamu yang dari SBP ni boleh aih dapat straight A's." Err -.- Akmal tak suka ayat ni. Kenapa mesti kaitkan SBP dengan result SPM? Sebab budak-budak yang dapat masuk ke SBP ni cerdik-cerdik belaka? Akmal bukan laa cerdik orangnya.

    Kesimpulannya, Akmal nak 9A luquih! Tak mau bengkok-bengkok, kona-kona, heqot-petot dsbnya.. Tak kisah laa A- ka, A ka, A+ ka or whatever, Akmal tetap nak A!

    Di mana ada kemahuan, di situ ada straight A's

    Kbabaiii...


    Blogger Pwincess said...

    akmal. strive in earnest. dua' jangan lupa. ask Allah. inshaAllah. if Allah willing you shall get what you want. and if Allah tak bagi. mesti ada hikmah why you dont get. bcs Allah bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.
    whatever it is. tugas kita berusaha. so all the best =D

     
    Blogger Asyrahtul Akmal said...

    Okay, thank you sooo much kak nurulee :)

     
    Blogger Pn Ayu said...

    gud luck ye akmal. do the best ;)

     

    Post a Comment