ONLY TEARS


  • Free your heart from hatred
  • Free your mind from worries
  • Live simply
  • Give more
  • Expect less
    Instagram : PERFECCIONAR
    Wechat : the-akmal
    Facebook : Asyrahtul Akmal









  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Owner: Akmal
  • Parents' Day
    2014/02/12 | 0 Comments
    Assalamualaikum. Hai hai :)

    Harini mood Akmal tak berapa nak baik :/ Entah kenapa. And harini ada perjumpaan waris kat sekolah. Oh tidak! Parents wajib mai sebab nak daftar SPM lah, komen pasal result akhir tahun 2013 lah, hapa lah. Err -.-" Result Akmal teruk gilaaaaa! Layak campak masuk laut ja result tu. Tak membanggakan langsung!

    Ibu yang pi perjumpaan waris tadi. Kesian kat ibu. Semalan ibu kerja shift malam. Semalaman ibu tak tidoq. Sejak pukul 8 malam sampai laa 8 pagi tadi. Pastu terus pi sekolah Akmal untuk perjumpaan waris tadi. Tunggu punya tunggu, pukul 1 lebih baru tamat majlis tu. Ibu tak tidoq sampai majlis tu tamat! Bila Akmal balik sekolah tadi, ibu dok buat roti untuk letak kat kedai. Ibu tak tidoq lagi! Kesian kat ibu. Ibu sanggup korbankan masa tidoq ibu semata-mata sebab Akmal. Ishhh :'(

    Kat sekolah tadi, ibu mengadu yang ibu sakit gigi. Akmal kesian sebenarnya. Akmal cakap la kat ibu, kalau sakit gigi tak payah la mai. Dah la ibu tak rehat sejak semalam. Oh, ibu.

    Masa ibu jumpa dengan guru kelas tadi, Cikgu Abisah, ada la cakap yang result Akmal ok dah cuma herot kat Add Math ja. Well, Add Math Akmal failed. Tak pernah lulus pun. Tapi ibu cakap kat cikgu yang Akmal banyak berusaha kat rumah walaupun Akmal tak pergi mana-mana tusyen and ibu yakin dengan usaha Akmal. Ibu yakin yang Akmal boleh buat yang terbaik untuk SPM tahun ni. Cikgu pun cakap yang tusyen tu kalau tak pi pun tak pa and cikgu pun cakap yang Akmal boleh buat untuk SPM nanti. Ishh. Akmal sebak! Dalam otak Akmal terfikir macam mana kalau Akmal tak dapat macam apa yang cikgu and ibu harapkan?

    Akmal cakap kat ibu yang Akmal target 5A 2B 2C ja untuk SPM nanti. Akmal target ED and Physics dapat B, and Chemy and Add Math dapat C. Selebihnya A.  Tapi Akmal nak masuk Universiti Teknologi Petronas or UniKL-MFI. Sesuai dengan cita-cita Akmal, chemical engineer. Tapi.. Tapi.. Tapi.. Akmal tak yakin dengan diri Akmal :(

    Masa Akmal dengar ceramah kat sini, motivator tu cakap syarat untuk masuk UTP, result SPM paling minima kena dapat 7A+ 2A-    -___________- Ishhh. Can I? Ya Allah... Gerunnya Akmal. Akmal nak dapat lebih dari 2A pun terkentut-kentut, ni kan  pulak nak dapat that much A's.

    *speechless*

    Kbabaiii

    Labels: , , ,