ONLY TEARS


  • Free your heart from hatred
  • Free your mind from worries
  • Live simply
  • Give more
  • Expect less
    Instagram : PERFECCIONAR
    Wechat : the-akmal
    Facebook : Asyrahtul Akmal









  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Owner: Akmal
  • Penat. Fuhh.
    2014/03/06 | 1 Comments
     Assalamualaikum ^^,

    Fuhh. Penat. Penat. Pagi tadi kat sekolah ada latihan merentas desa. Aikk? Merentas desa pun kena ada latihan ka? Hmm.. Yaa, memang perlu sebab cikgu dah pun tukar trek merentas desa bagi pelajar lelaki. Trek depa sama dengan trek pelajar perempuan. 3km aje punn. Akmal pun tak tau kenapa cikgu pendekkan trek pelajar lelaki. Sepatutnya trek depa 5km jauhnya. Perghh. 5km kau! Akmal lari 3km tadi pun terketar-ketar habeh lutut.

    Best kan dapat merentas desa? Akmal sukaaaa ^^, Suka sangat! Tapi Akmal ada asma :/ Akmal tak kesah pun dengan asma tu. Akmal nak lari jugak! Lantak laa nak pengsan tengah jalan ka hapa ka. Yang penting, Akmal dapat lari. Ibu cakap, asma tu makin di layan, makin menjadi-jadi. Buat tak tau sudahh. Mind set tu penting! My cousin said, "Bukan main aktif lagi kat sekolah. Masuk kawad la, apa la. Tapi ada asma. Alaaa, ruginyaa." Haha, memang rugi pun. Rugi sebab asma tu dah macam penghalang untuk kita rasa betapa nikmatnya aktif dalam apa-apa acara masa zaman sekolah. Tapi tak kisah laa, janji Akmal dapat join apa yang Akmal nak join. Tak pernah lagi laa dalam sejarah hidup Akmal pengsan dalam apa-apa aktiviti. Akmal kan tough! Erkk -__-"

    Mula-mula tu, Akmal lari dengan kawan Akmal, Hazwani a.k.a Wani. Mula-mula aja la. Pastu, bila dah sampai separuh trek, Akmal tertinggal Wani. TER- okehh. Tak sengaja. Sebab bila Akmal lari, Wani akan ikut kat sebelah. Bila Akmal jalan pun dia ada kat sebelah. Tapi entah macam mana tadi, Akmal boleh pulak tertinggal dia kat belakang -.-" Bila Akmal pusing belakang, Wani dah tak da! Sah Wani kena tinggal. So, Akmal lari buat dunno aja laa sampai sekolah. Well, Akmal bukanlaa orang pertama yang sampai kat sekolah. Bila Akmal langkah masuk ja pintu pagar sekolah, dah ramai dah pelajar yang dah sampai kat sekolah. Tak kisah laa orang ke berapa pun. Latihan ja.

    So, dah sampai kat sekolah, Akmal pergi kat ustazah and minum air oren yg ustazah buat. Fuhh. Lega gila! Walaupun air tu air oren yang biasa, tapi disebabkan kehausan yang memaku tekak Akmal, memang terasa kenikmatan air tu. Hahaha, over gilaa. Then, suddenly, Akmal nampak pakwe Wani. So, Akmal tanya la pakwe dia, "Ada nampak Wani dak? Aku tertinggal dia tadi." Muka pakwe dia macam nak telan Akmal hidup-hidup bila dia tau yang Akmal tertinggal awek dia kat belakang. Err. Tapi pakwe dia tak marah Akmal pun. Dia acah jaa. Cehh!

    Lepas merentas desa tu, cikgu bagi rehat sampai pukul 10.20 pagi. Lepas tamat waktu rehat, ada kelas ED pulak. Akmal letih! Apa yang ada dalam kepala hotak Akmal yang brilliant ni hanyalah, bantal. Tak larat nak belajar macam biasa dah laa cikgu oii. Serious letih. Cikgu tak pa laa, setakat jaga check point, nak penat apa lahh sangat. Bukannya lari 3km macam student lain pun -.-" Masuk ja dalam bilik ED, Akmal ambik tempat duduk, pastu Akmal tido! Tapi bersyukur gilaa sebab cikgu tak mengajar pun. Dia faham yang kami semua keletihan. Haha, sayianggg cikgu sendat-sendat. Waktu sejarah pun tak belajar jugak. Tapi waktu add math tadi, cikgu tetap mengajar macam biasa. Cikgu bagi latihan ja pun. Pastu, santai aja laa.

    Sabtu ni baru laa hari merentas desa yang sebenar. Hmm. Akmal pernah sumbangkan mata untuk rumah sukan. Tapi tak da laa sampai dapat pingat. Pingat tu untuk pelajar yang dapat tempat pertama sampai tempat doploh ja kalau tak silap. Akmal setakat dapat nombor 70 keatas ja. Yang penting dapat sumbangkan mata untuk rumah sukan. Semangat tu mau ada! 

    Keesokannya, Akmal dah start monthly test. Yeayyyy \(^0^)/ Satu apa pun Akmal tak study lagi -.- Auwww, I dunno how to study chemy, add math and physics. Add math tu, boleh laa tahan. Nak kena banyakkan latihan, dan hafal formula. Chemy pun kena banyak menghafal eksperimen, tahu cara nak buat chemical equation and hafal blablabla... Bab nak menghafal ni yang Akmal lemah sangat-sangat ni. Physics? Any idea how to study physics? I've asked my brada, how to study physics and he simply answered me, "Elehh, physics senang ja. Faham Newton's Law pun da cukup." -.-" Pala ho ho ho hotak dia. Erghh! Akmal ada tanya kak nurulee macam mana nak study ketiga-tiga subjek tu. And jawapan yang kak nurulee bagi sangat memuaskan hati Akmal. Yeah! :D


    Hmm. Akmal akan cuba apa yang kak nurulee nasihatkan. Thanks kak nurulee :) You can do it, Akmal!

    Satisfaction lies in the effort, not on success.
    Kbabaiii

    Labels: , , , , , , , , , , ,

    Parents' Day
    2014/02/12 | 0 Comments
    Assalamualaikum. Hai hai :)

    Harini mood Akmal tak berapa nak baik :/ Entah kenapa. And harini ada perjumpaan waris kat sekolah. Oh tidak! Parents wajib mai sebab nak daftar SPM lah, komen pasal result akhir tahun 2013 lah, hapa lah. Err -.-" Result Akmal teruk gilaaaaa! Layak campak masuk laut ja result tu. Tak membanggakan langsung!

    Ibu yang pi perjumpaan waris tadi. Kesian kat ibu. Semalan ibu kerja shift malam. Semalaman ibu tak tidoq. Sejak pukul 8 malam sampai laa 8 pagi tadi. Pastu terus pi sekolah Akmal untuk perjumpaan waris tadi. Tunggu punya tunggu, pukul 1 lebih baru tamat majlis tu. Ibu tak tidoq sampai majlis tu tamat! Bila Akmal balik sekolah tadi, ibu dok buat roti untuk letak kat kedai. Ibu tak tidoq lagi! Kesian kat ibu. Ibu sanggup korbankan masa tidoq ibu semata-mata sebab Akmal. Ishhh :'(

    Kat sekolah tadi, ibu mengadu yang ibu sakit gigi. Akmal kesian sebenarnya. Akmal cakap la kat ibu, kalau sakit gigi tak payah la mai. Dah la ibu tak rehat sejak semalam. Oh, ibu.

    Masa ibu jumpa dengan guru kelas tadi, Cikgu Abisah, ada la cakap yang result Akmal ok dah cuma herot kat Add Math ja. Well, Add Math Akmal failed. Tak pernah lulus pun. Tapi ibu cakap kat cikgu yang Akmal banyak berusaha kat rumah walaupun Akmal tak pergi mana-mana tusyen and ibu yakin dengan usaha Akmal. Ibu yakin yang Akmal boleh buat yang terbaik untuk SPM tahun ni. Cikgu pun cakap yang tusyen tu kalau tak pi pun tak pa and cikgu pun cakap yang Akmal boleh buat untuk SPM nanti. Ishh. Akmal sebak! Dalam otak Akmal terfikir macam mana kalau Akmal tak dapat macam apa yang cikgu and ibu harapkan?

    Akmal cakap kat ibu yang Akmal target 5A 2B 2C ja untuk SPM nanti. Akmal target ED and Physics dapat B, and Chemy and Add Math dapat C. Selebihnya A.  Tapi Akmal nak masuk Universiti Teknologi Petronas or UniKL-MFI. Sesuai dengan cita-cita Akmal, chemical engineer. Tapi.. Tapi.. Tapi.. Akmal tak yakin dengan diri Akmal :(

    Masa Akmal dengar ceramah kat sini, motivator tu cakap syarat untuk masuk UTP, result SPM paling minima kena dapat 7A+ 2A-    -___________- Ishhh. Can I? Ya Allah... Gerunnya Akmal. Akmal nak dapat lebih dari 2A pun terkentut-kentut, ni kan  pulak nak dapat that much A's.

    *speechless*

    Kbabaiii

    Labels: , , ,

    Beating the odd!
    2014/01/13 | 3 Comments
    Assalamualaikum semua :)


    Akmal blogging secara haram harini. Ekeke. Sepatutnya Akmal blogging pada weekend ja. Tapi esok cuti. Ahh. Lantak lah. 

    Harini ada Add Math. Cikgu ada bagi setiap sorang graf markah yang cikgu target untuk setiap sorang. Alahh, yang graf ETR lah, OTI lah hapa lahh. Haaa, yang tu la. Cikgu target based on markah final exam last year. Hmmm. Akmal punya markah Add Math 35% ja. FAILED hokehh ==" Tapi cikgu target Akmal 70% Adudududuiiii. Mampos aku -.-

    Akmal! Kenapa mudah sangat mengalah ni. Ni bukan Akmal. Akmal bukan seorang yang mudah give up. Akmal tak boleh give up! Perkataan "mengalah" diharamkan dalam kamus hidup Akmal. Wake up Akmal! Kalau Nik Nur Madihah boleh buat, why you can't? C'mon laaa Akmal. Hang dengan Nik Nur Madihah tu tadak beza pun. She is a girl and so are you. She is a human and so are you. Berbeza dari segi umur ja pun. Dia tetap hamba Allah yang hidup di atas muka bumi. Same thing goes on you laa Akmal!

    *Tampar pipi banyak kali* Akmal, Nik Nur Madihah tu ambik lagi banyak subjek dari hang tau. Hang tu setakat 9 subjek, elehhh ciput ja pun. Sedar laa Akmal. Takkan hang nak lepaskan cita-cita hang untuk jadi jurutera kimia macam tu ja? Hanya semata-mata sebab Add Math? Ini bodoh namanya, Akmal oii.

    Okay, I can do it. Percaya pada diri, kuatkan hati. Akmal boleh!


    Hey you little crazy girl, please don't give up easily okay ;)

    Kbabaiii.

    Labels: ,