ONLY TEARS


  • Free your heart from hatred
  • Free your mind from worries
  • Live simply
  • Give more
  • Expect less
    Instagram : PERFECCIONAR
    Wechat : the-akmal
    Facebook : Asyrahtul Akmal









  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Owner: Akmal
  • Penat. Fuhh.
    2014/03/06 | 1 Comments
     Assalamualaikum ^^,

    Fuhh. Penat. Penat. Pagi tadi kat sekolah ada latihan merentas desa. Aikk? Merentas desa pun kena ada latihan ka? Hmm.. Yaa, memang perlu sebab cikgu dah pun tukar trek merentas desa bagi pelajar lelaki. Trek depa sama dengan trek pelajar perempuan. 3km aje punn. Akmal pun tak tau kenapa cikgu pendekkan trek pelajar lelaki. Sepatutnya trek depa 5km jauhnya. Perghh. 5km kau! Akmal lari 3km tadi pun terketar-ketar habeh lutut.

    Best kan dapat merentas desa? Akmal sukaaaa ^^, Suka sangat! Tapi Akmal ada asma :/ Akmal tak kesah pun dengan asma tu. Akmal nak lari jugak! Lantak laa nak pengsan tengah jalan ka hapa ka. Yang penting, Akmal dapat lari. Ibu cakap, asma tu makin di layan, makin menjadi-jadi. Buat tak tau sudahh. Mind set tu penting! My cousin said, "Bukan main aktif lagi kat sekolah. Masuk kawad la, apa la. Tapi ada asma. Alaaa, ruginyaa." Haha, memang rugi pun. Rugi sebab asma tu dah macam penghalang untuk kita rasa betapa nikmatnya aktif dalam apa-apa acara masa zaman sekolah. Tapi tak kisah laa, janji Akmal dapat join apa yang Akmal nak join. Tak pernah lagi laa dalam sejarah hidup Akmal pengsan dalam apa-apa aktiviti. Akmal kan tough! Erkk -__-"

    Mula-mula tu, Akmal lari dengan kawan Akmal, Hazwani a.k.a Wani. Mula-mula aja la. Pastu, bila dah sampai separuh trek, Akmal tertinggal Wani. TER- okehh. Tak sengaja. Sebab bila Akmal lari, Wani akan ikut kat sebelah. Bila Akmal jalan pun dia ada kat sebelah. Tapi entah macam mana tadi, Akmal boleh pulak tertinggal dia kat belakang -.-" Bila Akmal pusing belakang, Wani dah tak da! Sah Wani kena tinggal. So, Akmal lari buat dunno aja laa sampai sekolah. Well, Akmal bukanlaa orang pertama yang sampai kat sekolah. Bila Akmal langkah masuk ja pintu pagar sekolah, dah ramai dah pelajar yang dah sampai kat sekolah. Tak kisah laa orang ke berapa pun. Latihan ja.

    So, dah sampai kat sekolah, Akmal pergi kat ustazah and minum air oren yg ustazah buat. Fuhh. Lega gila! Walaupun air tu air oren yang biasa, tapi disebabkan kehausan yang memaku tekak Akmal, memang terasa kenikmatan air tu. Hahaha, over gilaa. Then, suddenly, Akmal nampak pakwe Wani. So, Akmal tanya la pakwe dia, "Ada nampak Wani dak? Aku tertinggal dia tadi." Muka pakwe dia macam nak telan Akmal hidup-hidup bila dia tau yang Akmal tertinggal awek dia kat belakang. Err. Tapi pakwe dia tak marah Akmal pun. Dia acah jaa. Cehh!

    Lepas merentas desa tu, cikgu bagi rehat sampai pukul 10.20 pagi. Lepas tamat waktu rehat, ada kelas ED pulak. Akmal letih! Apa yang ada dalam kepala hotak Akmal yang brilliant ni hanyalah, bantal. Tak larat nak belajar macam biasa dah laa cikgu oii. Serious letih. Cikgu tak pa laa, setakat jaga check point, nak penat apa lahh sangat. Bukannya lari 3km macam student lain pun -.-" Masuk ja dalam bilik ED, Akmal ambik tempat duduk, pastu Akmal tido! Tapi bersyukur gilaa sebab cikgu tak mengajar pun. Dia faham yang kami semua keletihan. Haha, sayianggg cikgu sendat-sendat. Waktu sejarah pun tak belajar jugak. Tapi waktu add math tadi, cikgu tetap mengajar macam biasa. Cikgu bagi latihan ja pun. Pastu, santai aja laa.

    Sabtu ni baru laa hari merentas desa yang sebenar. Hmm. Akmal pernah sumbangkan mata untuk rumah sukan. Tapi tak da laa sampai dapat pingat. Pingat tu untuk pelajar yang dapat tempat pertama sampai tempat doploh ja kalau tak silap. Akmal setakat dapat nombor 70 keatas ja. Yang penting dapat sumbangkan mata untuk rumah sukan. Semangat tu mau ada! 

    Keesokannya, Akmal dah start monthly test. Yeayyyy \(^0^)/ Satu apa pun Akmal tak study lagi -.- Auwww, I dunno how to study chemy, add math and physics. Add math tu, boleh laa tahan. Nak kena banyakkan latihan, dan hafal formula. Chemy pun kena banyak menghafal eksperimen, tahu cara nak buat chemical equation and hafal blablabla... Bab nak menghafal ni yang Akmal lemah sangat-sangat ni. Physics? Any idea how to study physics? I've asked my brada, how to study physics and he simply answered me, "Elehh, physics senang ja. Faham Newton's Law pun da cukup." -.-" Pala ho ho ho hotak dia. Erghh! Akmal ada tanya kak nurulee macam mana nak study ketiga-tiga subjek tu. And jawapan yang kak nurulee bagi sangat memuaskan hati Akmal. Yeah! :D


    Hmm. Akmal akan cuba apa yang kak nurulee nasihatkan. Thanks kak nurulee :) You can do it, Akmal!

    Satisfaction lies in the effort, not on success.
    Kbabaiii

    Labels: , , , , , , , , , , ,

    Ceramah motivasi dengan Dr. Shukri Abdullah.
    2014/01/25 | 2 Comments

    Assalamualaikum :) Haiii u'olls

    Pagi ni Akmal pergi dengar ceramah dekat Dewan Agrenas Petronas, Petronas Fertilizer Chemical (PFCK), Kedah. Walaupun harini hari jumaat dan merupakan hari cuti, Akmal sanggup korbankan hari cuti sekolah Akmal tau! Hahaha. Mana mungkin Akmal tak join ceramah tu.  Rugi gilaaaa weh kalau tak join! Penceramah terkenal tuuu. Sebelum ni, cuma boleh tengok through television jaa. Tapi harini, Akmal boleh dengar ceramah dia face to face. Moreover, ceramah tu free untuk budak sekolah (sekolah yang terpilih sahaja) dan anak-anak staff PFCK. Kalau untuk orang luar, maybe kena bayar lebih kurang RM250.

    Dr. Shukri Abdullah, seorang pakar motivasi yang famous amous :D

    So, maybe post kali ni agak bermakna and full of informations sebab Akmal rasa macam nak share input yang Akmal dapat. Tapi Akmal ringkaskan aje la eh. Post kali ni pun agak sesuai untuk student yang lambat pick up macam Akmal ni. Banyak jugak laa Akmal dapat masa attend ceramah ni. Dalam ceramah ni pun, banyak kata-kata semangat yang disampaikan. Antara input yang di sampaikan :

    4 petanda kemahuan kuat berjaya

    1. Belajar tanpa disuruh
    2. Ikhtiar cari pelbagai cara untuk meningkatkan prestasi
    3. Katakan "TIDAK" kepada perkara yang tidak penting
    4. Terbuka kepada teguran ibu bapa dan guru
    Apabila tak faham apa yang cikgu ajar :
    1. Kelas akan menjadi boring
    2. Kerja sekolah tak boleh buat
    3. Topik seterusnya sukar difahami
    4. Mula mengantuk dalam kelas
    5. Mula give-up!
    Untuk mudah faham :

    • SEDIA AWAL *sebelum kelas* - Membaca terlebih dahulu perkara-perkara penting yang bakal diajar oleh guru
    • TUMPUAN 100% *semasa kelas* - Mata ; tengok, Telinga ; dengar, Mulut ; diam dan duduk tegak
    • ULANG KAJI *selepas kelas* - 80% akan hilang dalam masa 24 jam sekiranya tidak melakukan ulang kaji

    3 kehebatan guru :

    1. Pakar subjek
    2. Kaya dengan pengalaman
    3. Bijak membantu
    Cikgu ajar kurang memuaskan. Ambil tindakan positif!
    1.  Buat sedia awal
    2. Lebihkan tumpuan
    3. Dapatkan bantuan guru selepas kelas
    4. Lebihkan usaha untuk subjek itu
    Tuisyen? Penting atau tidak.

    Ya - Sekiranya kita serius untuk perbaiki prestasi
    Tidak - Jika sekadar ikutan atau niat untuk cari pakwe / makwe

    Boleh dengar music semasa stadi?

    Ya - Sekiranya dengar music instrumental *tanpa vocal* at low volume
    Tidak - Sekiranya music tu ada vocal sebab akan mengganggu tumpuan kita untuk belajar. Asyik nak nyanyii saja

    Masa terbaik study

    • Awal pagi
    • Lewat malam
    • Waktu petang

    Sebenarnya, ikut pilihan masing-masing  asalkan tidak menjejaskan tumpuan dalam kelas keesokan harinya

    Berapa lama study sebelum rehat sejenak?

    Study 45-60 minit *fokus habis-habisan*. Rehat 5-10 minit. Study mesti diselang-seli dengan rehat sejenak!

    "Saya bukan yang paling bijak juga bukan yang paling berbakat. Saya berjaya sebab saya berusaha dan usaha dan usaha dan terus berusaha." -Sylvester Stallon-

    Hahaha! Sempat lagi kami posing hokehh. Love them much much :D

    Labels: , , , , , , , ,